Monday, 18 June 2012

TEPUNG GOMAK

assalamualaikum semua

TEPUNG GOMAK...
sedapnya kuih ni ..sanagt ler mudag membuatnya....
selalunya makannn jer kan
kali ni buat sendiri..mmg ler sedap!!

GOMAK...go bapak xde eh..hehe still mak jgk disebut..:D

recipe saya dapat dari FB fren, kak kasmah aka relaxkejap ok
untuk inti saya gunakan recipe biasa saya cuma bahan tepung saya gunakan kk kasmah pny.
pada yg lum try buat..jom arr buat ..ni nak puasa kan sure bole buat utk berbuka..caranya pun x remeh.

recipe version lain bole refer dari page GAR di SINI recipe kepunyaan kk rose.


KUIH TEPUNG GOMAK
recipe : kk KASMAH aka RELAXKEJAP OK

Bahan2
inti
1 biji kelapa parut
1 sdB tepung jagung
1helai daun pandan dibersihkan & dismpul
4 sdB gula merah*
6 sdB gula*
3/4 cwn air*

cara2
bhn bertanda (*) masak bersama hingga gula larut , masukkan daun pandan & masukkan kelapa, masak hingga kering & tabur tpg jagung , kacau rata utk melikatkan inti. ketepikan & biarkan sejuk baru dibentuk bulat2 kecil utk dijadikan inti
**klu inti x cukup warna coklatnya bole tmbhkan pewarna makanan. dan jika ada lebihan inti bole disimpan beku. 

Bahan tepung
250gm / 2 cawan tepung  pulut
1/2 cawan tepung beras
3-4 sudu besar gula - larut bersama sedikit air

Cara2
Didihkan air dlm periok.
Di dlm bekas uli tepong dgn air gula hingga sebati.
Tambahkan air biasa dgn sedikit demi sedikt hingga aduan menjadi sebati dan x melekat di jari
Adunan haruslah tidak terlalu lembik. sapukan minyak di tapak tangan supaya tidak melekit.
Masukkan inti dan bulat2kan dan terus masukkan kedalam air yg mendidih.Tunggu hingga ia naik ke atas. Keluarkan & tos, kemudian golekkan atas tepong kacang hijau kemudian leperkan. 

**jika suka ,tepung kacang hijau  campurkan dgn sedikit gula icing....ini cara saya, jangan ditiru untuk jaminan kesihatan yea...hehe




HAPPY TRYING!!!

serawa durian dan roti jala


assalamualaikum semua

musim durian ...macam2 boleh digayakan dengan durian ni kalau ada semangat rajinnnnnnnnnn..hehehe
semangat rajin saya ni sedang2 jer eh..tu yg buat serawa durian ..kalau semangat rajinnya mencanak2 for sure buat lempuk durian eh..ekekeke

cara penyediaan serawa durian ni bolehlah ikut selera masing2
saya x gunakan santan ataupun gula merah pada serawa saya
saya gantikan dgn susu cair sahaja, kekdg tu langsung x gunakan susu cair
hanya campuran durian tu sendiri sudah memekatkan kuah serawa.

SERAWA DURIAN
recipe : sasharahmat

Bahan2
25 ulas durian - ambil 20 ulas dan asingkan isi dengan bijinya
3/4 cawan gula putih
1 cwn susu cair
1 1/2 ke 2 cawan air biasa - campurkan isi durian dgn air , menjadikan larutan yang pekat
1 helai daun pandan - dibersihkan dan disimpul
sedikit garam

Cara2
Didalam periuk, masukkan susu cair,gula dan baki 5 ulas durian tadi,
masak dgn api perlahan hingga gula larut
masukkan daun pandan, masukkan juga larutan pekat air durian tadi
masukkan sedikit garam, masak hingga kuah likat dan hidang dengan roti , roti jala atau biskut cream cracker


ROTI JALA
recipe : sasharahmat

Bahan2
2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu cair / santan
1 sdt serbuk kunyit / pewana kuning
1 sdb minyak sapi
1 1/2 sdt garam

Cara2
kisar kesemuanya, rehatkan sebentar
dan bolehlah mendadar roti - panaskan kuali dan lenserkan sedikit permukaan kuali dgn campuran minyak sapi dan sedikit minyak
bolehlah menjala dengan gaya masing2 yea:))
bila dah masak roti jala tu boleh digulung atau dilipat
saya gunakan botol dgn 3 muncung
tapi bole jg gunakan cara tradisional dgn cawan /acuan roti jala


SWEET & JOY!!

Tuesday, 12 June 2012

ayam bawang putih / chicken garlic


ASSALAMUALAIKUM semua

hari ni kekonon ler eh nak share menu sihat...sihat ke?yg penting sesape yg berhangin kepala dan hangen sebadan bole ler mencuba..sngt2 sedap..rangup bawang putih tu dan bau garlic semerbakkk u!!
saya x dan nak perap ayam ni..klu perap ayam lagi sedap rasanya..tu ler pasal asik nooo berFB...layan lappy x henggat dah masa ..sedaq-sedaq  kul 11 dah..haha..tapi hasil rasa still sedap..sngt sedap..sy hidangkan bersama nasi bubur jg telur asin..x dilupai sambal kicap...sedapnyaaa!!

nak dapatkan hasil bubur nasi yg sedap, masak bubur seperti biasa, klu ade tulang ayam ke kaki ayam rebus sama, masa nk hidang keluarkan tulang ayam tersebut ..(klu xde, kuib ayam pun boleh)...
gorengkan 2 ke 3 biji bwg besar yg dihiris kasar, goreng hingga layu dan kisarkan dgn sedikit air , masukkan juga minyak mengoreng bawang tadi, kemudian masukkan dalam bubur nasi dan masak hingga hingga bubur  pekat. tambahkan garam dan juga lada sulah pada bubur nasi tadi. bubur nasi akan jadi lebih sedap.


AYAM BAWANG PUTIH / CHICKEN GARLIC
recipe : sasharahmat

Bahan2
2 ketul dada ayam - hiris memanjang
1 biji bawang besar hiris

1 labu bwg putih dihiris halus
2 sdB minyak untuk goreng bwg putih

bahan perap
1 sdB sos tiram
1 sdB kicap manis
4 ulas bwg putih di tumbuk halus
garam dan lada sulah secukup rasa
**perapkan ayam yg telah dibersihkan dgn bahan2 perap at least 1jam.



bwg putih goreng...harum baunya:)

Cara2
Panaskan minyak , tutup api dan masukkan bawang putih hiris.
Buka api dan kacau rata hingga bwg putih kekuningan - angkat dan ketepikan

Dengan menggunakan kuali dan minyak yg sama,  tumis ayam yg diperap tadi.Tumis hingga ayam masak , masukkan bwg besar hiris- jika perlu bole tmbhkan sedikit air.
Rasa, jika cukup garam dan lada sulah bolehlah tutup api
Masukkan bwg putih yg dihiris tadi kacau serata dan bolehlah dihidang.






HAPPY TUMMY !!!!

crabstick snack



assalamualaikum
hari ni nak share snack yg paling sedap dan mudah...cuma bab yg rumit tu bab nk siat2kan filamen crabstick tu jer..the rest sngt2 mudah...


CRABSTICK SNACK
recipe : sasharahmat

Bahan2
filamen crabstick secukupnya - disiat2 memanjang & ketepikan
minyak untuk menggoreng

Bahan A
1/2 cawan (secukupnya) tepung beras
sedikit perasa ''secukup rasa''
sedikit garam
sedikit lada sulah
****satukan semua bahan A.

Cara2
di dalam mangkuk besar, masukan filamen crabstick yg telah disiat2 tu,
masukkan tepung semua bahan A.
seratakan semuanya dan boleh lah digoreng (deep fry method) hingga kekuningan
siap untuk di kudap..sekali makan x mo berhentii..:)) hehehe

HAPPY SNACKING!!!

Tuesday, 5 June 2012

tapai goreng


assalamualaikum semua

TAPAI GORENG....ihiks..camne rasanya? tu yang teringin nak cuba....ternyata x sia2 mencubanya ..mmg sedap..lembut di dalam rangup diluar.
teringat dulu my dear kk ROSELINDA pernah share recipe ni.
pastu fren FB YUS ade mentioned ..lagi ler semangat membara nak cuba.

cara penyediaan sama macam buat goreng pisang tu..cuma kata yus kalau kta tambahkan sedikit minyak panas pada bancuhan tepung tu lagi garing tepungnya. so saya cubaler..mmg ternyata garing..tq yus for the tips.


TAPAI GORENG

Bahan2
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
sedikit kunyit
sedikit garam

tapai secukupnya
sesenduk kecil minyak panas

Cara2
Satukan semua bahan.bila bancuhan tepung dah serata, masukkan sesenduk kecil minyak panas
gaul rata dan celupkan tapai pada bancuhan tadi , goreng seperti biasa.
siap untuk dihidang.:)

HAPPY COOKING!!

cocktail sausage bun



ASSALAMUALAIKUM semua.

nak share pic cocktail sausage bun
sangat sesuai untuk hidangan majlis hari jadi. hasil jadian pun sangat cute.



COCKTAIL SAUSAGES BUN
recipe : SashaRahmat

Bahan2
bahan A

11/4 cawan air suam
2 sdK yis
sedikit gula

bahan B
1/2 cawan shortening / marjerin / mentega
1/2 cwn gula castor

bhn diayak
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdK bread softener
1/2 sdK bread improver
sedikit garam
1/4 cwn susu tepung

1/2 cwn tepung di gunakan waktu menguli nanti
cocktail sausage secukupnya di rebus dulu dan ketepikan


Cara2
Bahan A disatukan dan biarkan yis naik mengembang
Kemudian didalam mangkuk adunan, masukkan shortening & gula,
masukkan pula bhn ayak, satukan semuanya hingga menjadi seperti deraian roti - bread crumb
kemudian masukkan bahan A yg telah mangembang tadi dan uli serata
di atas meja pencanai taburkan sedikit demi sedikit baki 1/2 cwn tepung dan teruskan menguli
hingga adunan licin dan tidak melekat di jari.
kemudian perapkan doh lebih kurang 45mins atau hingga naik seganda.
panaskan oven 180'c
bila doh dah naik, ambil sedikit doh dan uli  memanjang & dililitkan pada cocktail sausage.biarkan doh naik lagi sekali ,sapukan bancuhan telur yg dicampur sedikit dgn pewarna kuning. taburkan sedikit  bijan.
bakar selama 15 minit ke 20 minit atau hingga masak.


hidang dgn cili sauce atau cheesy dip. yummy yummy...:)

HAPPY BAKING!!!