Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Wednesday, 29 January 2014

APPLE PIE COOKIES



ASSALAMUALAIKUM pretty dolls
made this cutey pie/cookies yesterday with darling baby

recipe from smitten kitchen
tq so much for sharing this awesome recipe




Crust
2 1/2 cups (313 grams) all-purpose flour, plus more for dusting surfaces, dipping fork
4 tablespoons castor sugar
1 teaspoon salt
225 grams butter, very cold - cute to cube
1/2 cup (water, very cold (I pour 1 cup and add ice while I work, then measure 1/2 cup)


Filling
3 medium apples, whatever you like to bake with
1/3 cup castor sugar

1 teaspoon ground cinnamon
1 teaspoon ground nutmeg

To finish
1 large egg
Coarse or granulated sugar for garnish







 wrap and chill for 1 hr or a day ahead

 cut round the apple

 roll the dough 1/8 inch thick

 cut round shape with the cookie cutter

 dip apple in the filling mixer

put apple on one of the round shape dough

 take another dough and cover the apple press smoothly around it

 press again to seal the dough with fork

 brush top surface with lightly beaten egg 

 slit top with scissors or knife
 ready to bake
before bake, simply sprinkle coarse sugar on top
bake for 15 to 20 mins with 180'c or depend to your oven


enjoy baking!!


Monday, 29 October 2012

puff durian




assalamualaikum semua
semua sudah mencuba crepe durian kan?
saya sudah ada recipe crepe durian dalam simpanan hasil perkongsian teman FB.. insyALLAH saya akan sharekan kemudian apabila berkesempatan bercrepe yea..:)
psst ..actually dah buat pun tapi x sempat berpic..kerana kesedapan yg amat..tggu pencarian durian akan datang..cari durian yg ummph ..

hari ni saya sharekan puff durian..
ni kira serupa mcm crepe tu tapi x sama..

cara mudah simple yg pasti yummy !!

puff tu nak mouldkannya boleh ler ikut macam kat pic ni or tiru kat SINI



rujuk foto
1- terap PASTRY PUFF sebnyk 2 kpg.
2- terap pastry puff yg ke 3 - buatkan lubang
3-6 lapiskan antara 1 dgn egg wash
Susun didulang pembakar.
Bakar pada suhu 180'c hingga kekuningan
Sejukkan sebentar
Sudukan isi durian dan hiasakan dgn whip cream


rangup rapuh dari puff pastry..manis lemak durian dan smoothnya whip cream yg rasa mcm cloud ..very light tapi yg light tu ler yg menambah lemak ....tapi itu semua x jadik hal ler...kerana sedap  ku ikutkan aje....hehehe
so fren...dont wait lama2 jom ler kita sama2 menambahkan lemak di pinggang ..jommm!!!
SWEET &  JOY!!

Friday, 28 September 2012

puding permata sagu pelangi



puding permata sagu pelangi
recipe by : gert
c&p dari : yaties memories

Bahan2
1 cawan biji sagu putih
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
3 jenis pewarna kegemaran


Cara2
Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...


SWEET & JOY!!

Tuesday, 7 August 2012

TAPAI bersos custard



ASSALAMUALAIKUM

hari ni nak share recipe simple..tapi seriusly mmg sedap
saya merasa dessert ni buat pertama kalinya di restaurant tupai2 sec. 13.
x prnh terfikir lak ade dessert gini..
originally cara penyediaannya hanyalah tapai yg dipotong kecil dan dimakan dengan susu cair.. dihidang sejuk. tetapi saya buat sedikit pengolahan dengan sos kastard.
rasa lagi lemak dan enak.

TAPAI bersoskan custard
inspirasi : restoran tupai - tupai sec 13
olahan recipe : sasharahmat

Bahan2
Sebungkus tapai - di potong kecil
Satukan dgn kuah custard yg telah sejuk terlebih dahulu,
simpan di petisejuk lebih kurang 1 jam atau lebih.
hidang sejuk

Sos custard
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
1/2 cwn gula
1 sdK esen vanilla
1 sdB tepung custard

Cara2
satukan semua & masak hingga sedikit memekat dn tutup api - jika terlalu cair bole tmbhkan sedikit tepung custard

SWEET & JOY!!!

Monday, 18 June 2012

serawa durian dan roti jala


assalamualaikum semua

musim durian ...macam2 boleh digayakan dengan durian ni kalau ada semangat rajinnnnnnnnnn..hehehe
semangat rajin saya ni sedang2 jer eh..tu yg buat serawa durian ..kalau semangat rajinnya mencanak2 for sure buat lempuk durian eh..ekekeke

cara penyediaan serawa durian ni bolehlah ikut selera masing2
saya x gunakan santan ataupun gula merah pada serawa saya
saya gantikan dgn susu cair sahaja, kekdg tu langsung x gunakan susu cair
hanya campuran durian tu sendiri sudah memekatkan kuah serawa.

SERAWA DURIAN
recipe : sasharahmat

Bahan2
25 ulas durian - ambil 20 ulas dan asingkan isi dengan bijinya
3/4 cawan gula putih
1 cwn susu cair
1 1/2 ke 2 cawan air biasa - campurkan isi durian dgn air , menjadikan larutan yang pekat
1 helai daun pandan - dibersihkan dan disimpul
sedikit garam

Cara2
Didalam periuk, masukkan susu cair,gula dan baki 5 ulas durian tadi,
masak dgn api perlahan hingga gula larut
masukkan daun pandan, masukkan juga larutan pekat air durian tadi
masukkan sedikit garam, masak hingga kuah likat dan hidang dengan roti , roti jala atau biskut cream cracker


ROTI JALA
recipe : sasharahmat

Bahan2
2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu cair / santan
1 sdt serbuk kunyit / pewana kuning
1 sdb minyak sapi
1 1/2 sdt garam

Cara2
kisar kesemuanya, rehatkan sebentar
dan bolehlah mendadar roti - panaskan kuali dan lenserkan sedikit permukaan kuali dgn campuran minyak sapi dan sedikit minyak
bolehlah menjala dengan gaya masing2 yea:))
bila dah masak roti jala tu boleh digulung atau dilipat
saya gunakan botol dgn 3 muncung
tapi bole jg gunakan cara tradisional dgn cawan /acuan roti jala


SWEET & JOY!!

Tuesday, 29 May 2012

TIRAMISU ...pick me up pleaseeeeee.......







ASSALAMUALAIKUM semua

tiramisu ni disediakan 100% oleh kk baby..saya cuma bg idea..but the rest mmg dia yg prepare..pagi ni abg bukak fridge tanyakan tiramisu..hehehe dah abis derrr..tapi mmg awesome pun...selalu makan yg ready made jer kan...kali ni buat sendiri sangat2 puas.. sy cuma tmbhkan flavour capuchinno pada nescafe tu..

recipe di tukil dari chef riz. bole refer recipe di sini

cara2 bole refer di sini




SWEET & JOY....

pudding coklat



PUDING COKLAT

Bahan2

10 gm agar-agar
1/2 cwn gula pasir - jika suka manis boleh tmbhkan
500 ml air
1 cawan susu cair
4 sudu besar serbuk koko
1 sdB perisa cappuccino (optional)

Cara2
Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur.
Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dgn api kecil.
Tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang tadi.

Sejukkan sebelum dipotong/dihidangkan

CUSTARD SAUCE
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn air
1/3 cwn gula
1 sdK esen vanilla
1 ke 1 1/2 sdB tepung custard

satukan semua & masak hingga sedikit memekat dn tutup api - jika terlalu cair bole tmbhkan sedikit tepung custard

SWEET & JOY...

Friday, 18 May 2012

jelly cendol & kcg merah



ASSALAMUALAIKUM semua
YIPIEEEEEEEEE....panas2 syok eh makan jelly eh
jom, saya nak sahre recipenya..sngt senang nak buatnya..rasa pun sedap..:)



JELLY CENDOL & KCG MERAH
resipi : SashaRahmat

Bahan2
bahan A
1 cawan susu cair
10 gm serbuk agar2
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
1 bungkus cendol - ditos
sedikit garam

Bahan B
1/2 cawan air
1/2 cawan inti kacang merah
sedikit pewarna merah

Cara2
Satukan semua bahan A kecuali GARAM..satukan dalam periuk , kacau rata
kemudian baru masak hingga didih.
Bahagikan larutan jelly kepada 2 mangkuk (mankuk A & B)
Ambil 1 mangkuk (mangkuk A) larutan jelly dan tambahkan sedikit garam. - kacau rata

Tuangkan larutan jelly yg berisi garam ke acuan, taburkan cendol.
Biarkan seketika hingga sedikit keras ..(jgn biarkan terlebih keras kerana lapisan tidak akan melekat jika larutan jelly telah keras)

Sementara itu masakkan bahan B hingga larut semuanya.
Satukan bahan B yg telah dimasak kedalam larutan jelly yang selebihnya (mangkuk B)
Tuangkan perlahan2 keatas lapisan cendol tadi.


SWEET & JOY!!!

Wednesday, 16 May 2012

jelly soya cincau



ASSALAMUALAIKUM semua

hari panas2 ni kan asik nk makan yg sejuk2...so hari ni mcm nak merasa soya jer.
lepas pekena tau fu fa tadi terasa lak klu buat jelly soya sure laku ni...hehehe

jom tgk recipe mudah lagi sedap ni


JELLY SOYA CINCAU
resipi : SashaRahmat

Bahan2
2 cawan air soya - klu guna kotak kecil tu 2 kotak
2 cawan air
2 sdB susu pekat
1/4 cwn gula
10 gm  jelly powder
1 tube cincau (size kecil) - diparut / dipotong kecil


Cara2
- satukan air, air soya gula , serbuk agar2/jelly , susu pekat & gula kedalam satu periuk
- kacau rata dan kemudian masak dgn api sederhana hingga didih
- sambil tu sediakan acuan / baking tin , sudukan /taburkan cincau yg telah diparut / dipotong tadi
- bila dah didih bahan jelly kita , tuangkan separuh / hingga paras cincau, tggu sebentar hingga jelly sedikit keras, kemudian tuangkan selebihnya.

***jika suka tuangkan separuh bahan jelly dan kemudian selebihnya campurkan warna pilihan.
bila bahagian cincau dah keras sedikit tuangkan perlahan2 lebihan bahan jelly yg telah kita warnakan.
sejukkan dan bolehlah dinikmati.




yg ni hasil tiada warna...:)




























SWEET & JOY!!!


tau fau fa - my way



ASSALAMUALAIKUM semua

pernah cuba guna tahu lembut tu buat tau fu fa macam kita beli selalu tu.(sebenarnya samajer kan tahu lembut tu ngan tau fu fa).biasa ler kan mentaliti saya ni klu dah tau ade yg jual sure nak beli jerr...pada yg dah tau xpe eh sy sharekan pada yg lum tahu..

saya pernah buat , gara2 si adik , bulan ramadhan , mcm2 benda dia minta untuk berbuka..teringat masa puasa , masa tu umur dia 6 tahun..first tahun dia puasa...dh kul 6.30ptg dia kata nak mkn sagu biji dgn gula melaka..ape lagi sepantas kilat ler siapkan utk dia, buat also x bnyk dlm 3 sd gitu..saya gantikan susu cair untuk santan...sekali tu jg dia pernah mintak tau fu fa yg lembut dgn gula merah..tu x susah kan so carik ler kat pasar ramadhan..kebetulan hari tu mg xde rezeki dia semua kedai dah abis jual...
tapi alternative yg sy applykan ialah guna tahu lembut..sib baik masa tu mmg ade tahu lembut di dalam fridge
so kekdg klu terhingin nk mkn dan malas nak keluar cari tau fu fa..sy gunakan cara ni jer..



TAU FU FA

Bahan2
tahu lembut
air gula melaka
***2 keping gula merah, 1/4 cwn gula putih di masak dgn 2 cawan air, masukan jg sehelai daun pandan. masak hingga semuanya larut , bila dah sejuk tapiskan dan ketepikan.

Cara2
kukus sebentar tahu lembut
angkat dan ketepikan
sediakan air gula merah
hidang dgn sirap air gula merah












SWEET & JOY..

Tuesday, 15 May 2012

COKLAT cappuccino & STRAWBERRY BREAD PUDDING


ASSALAMUALAIKUM semua
hari ni nk share recipe pudding.
sedap pudding ni lembut jer ..mkn sejuk2 ..nyaman

COKLAT cappuccino & STRAWBERRY BREAD PUDDING
recipe : DJ @ dapurku sayang
sumber : lina PG @ teratak mutiara kasih
**sedikit pengolahan dari saya

Bahan A
6 keping roti sandwich
2 biji telur A
3 sudu besar gula aising
1/2 cawan susu cair
sedikit perasa strawberry & pewarna pink

Cara2
Sediakan pengukus dan panaskan. Lengserkan loyang dgn mentega.
Pukul telur bersama gula aising selama 2-3 minit.
Masukkan susu cair dan roti. Kacau sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 10-15 minit shj.
Setelah masak, ketepikan...cakarkan permukaan pudding dgn garfu.
**sy kisarkan semua bahan dan kukus

Bahan B
10 gm agar-agar
1/2 cwn gula pasir - jika suka manis boleh tmbhkan
500 ml air
1 cawan susu cair
4 sudu besar serbuk koko
1 sdB perisa cappuccino (optional)

Cara2
Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur.
Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dgn api kecil.
Tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang tadi.

Sejukkan sebelum dipotong/dihidangkan


SWEET & JOY!!

Thursday, 10 May 2012

kecubung berendam


ASSALAMUALAIKUM semua:)

semalam pny kisah ni...saya ade beli keledek..cuma x tau nak buat ape yg sedap selain pengat, goreng, keria...then saya google images dgn kata kunci bubur keledek...sy suka tgk pic dulu pastu br carik recipenya..terpandang ler satu pic kepunyaan dapur singgahsana..ishh macam suka lak tgknya...so klik pny klik ..intai pny intai
dah dapat pun recipenya..namanya also cukup istimewa...:)

apa itu kecubung??..kecubung tu adalah sejenis berlian..fren semua boleh ler google..carik jer kecubung mcm2 picture dia bagi mmg cantik ungu kecubung ni:))

so mari lah kita try buat pemanis mulut kecubung ni..
recipe asal dari blog NINA SURIA..
tapi sy tgk pic dari blog SINGGAHSANA KITCHEN..
terimakasih ladies, sudi share recipe simple dan sedap ni:))

so untuk version saya, saya buat sedikit pengolahan.. ikut selera saya dan family.
juga memandangkan recipe asal sngt ler bnyk..:) pada yg sudi boleh lah ikut version saya , tapi klu nak ikut version asal jst click pada link nama yg tertera.:))

KECUBUNG BERENDAM
resepi olahan : SashaRahmat

Bahan2 biji kecubung
1 biji keledek sedang - dikupas dan direbus sampai empuk
*** keledek yg sudah empuk di lenyek dgn 2 sdB gula dan sedikit garam..lenyek hingga halus
1 cawan tepung pulut
air secukupnya
pewarna ungu

Cara2
satukan keledek yg dilenyek dgn tepung pulut, kemudian tmbhkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg senang untuk di bentuk.
Ambil sedikit  dan gentel bulat dan tekan hingga menjadi leper..size duit 10 sen tu...tapi saya gentel menjadikan ''teardrop'' atau bentuk kisses coklat.

Bahan2 kuah
1 kotak (200ml) santan
3/4 cawan gula
13/4 cawan air - (boleh dikurangkan jika hendak kuah yg pekat)
sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit garam
*** jika suka boleh gantikan gula pasir dgn gula merah
3 sdB sagu biji - (dimasak terlebih dahulu & dibilas lalu diketepikan)

Cara2
Satukan semua bahan kuah ke dalam satu periuk kecuali biji sagu, dan masak hingga didih..(gunakan api perlahan supaya santan cantik dan tidak pecah santan, jika dah didih masukkan sagu biji, kacau sebentar &...tutup api.

Di dalam periuk yg lain didihkan air (lebih kurang 1/2 periuk kecil)
Bahan biji kecubung yg siap digentel di masukkan ke dalam air yg telah didih tadi
Angkat bila biji kecubung timbul, toskan dah masukkan kedalam kuah santan tadi.kacau serata.
Siap untuk dihidang.


SWEET & JOY!!!