Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

apam gula hangus



ASSALAMUALAIKUM semua..:)

sedang  memikirkan camne nk load pic dr SD card sy ni..card reader sy x bole guna..soooo sad..ade SD card micro yg saya x bole loadkan dlm lappy sy..bole loadkan tapi sy kena format..but when sy format pic2 dlm tu will be deleted lerr..adoiiyaiii....xpe2 ..sabar ajelah...insyALLAH ade jalannya...(tetiba jer kan macam maher zain lak)

nway hari ni nak share apam gula hangus pny recipe..alaaaa recipe senang jer kan..tahu ler korang semua dh pakat2 buat dahh..hehe...
recipe sy adapt dr yatie..tq yatie for sharing..:)


APAM GULA HANGUS
asal copy : yatie - sinar kehidupanku
asal  recipe : hazz63@myresipi

Bahan2
1 cawan gula pasir*
1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara2
Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


Friday, 29 July 2011

PU3 POLKADOT


pu3 polkadot?????
YA!!!..nape x cayeee ke???..hehe
nnway ni asalnya recipe pu3 ayu..so dia dh x berapa ayu lagi & bertukar jadi polkadot!!

recipe asal dr mama JAY
tapi dh dasar gatal tangan..nk jgk adjustttt!!!
pd yg nk refer recipe asal bole klik SINI

Bhn2
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula - bole tmbh pd yg suka manis
3 biji telur
1 sdB ovellete
1 sdB baking powder
1 1/4 cawan santan
pandan flavour
pewarna pilihan

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
1 sudu kecil garam
( di gaul rata )

Cara2
Pukul telur + gula sehingga kembang.
Masukkan ovellete dan pukul lagi. Sehingga menjadi seperti adunan kek, berkilat dan berkrim.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
Pukul sehingga sebati.
Panaskan kukusan.
Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak, ambil sedikit adunan dn taung ke acuan
ambil sedikit inti letakan ditgh2 adunan tadi
Kemudian tuang sedikit adunandi atas kelapa
dotkan permukaan dgn warna pilihan
kukus selama 5 minit ke 10 minit


Tuesday, 26 July 2011

apam harum manis


bahan2
300 gm gula melaka
350 ml air
3bj telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum diayak bersama:
setengah sudu teh baking powder & 1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
50 gm marjerin dicairkan
8-9 biji pisang raja/berangan @ emas di hiris bulat tipis


cara2
1.Masak gula melaka dgn air hingga larut & tapiskan,biarkan sejuk.
2.Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
3.Masukkan tepung2 yg diayak sedikit2 & kacau rata.
4.Masukkan sirap gula melaka,esen vanila & marjerin cair,kacau sebati.(kalau tepung masih bergentel,tapiskan adunan tersebut.)
5.Sapukan mangkuk acuan dgn sedikit mentega/minyak & masukkan 2 sudu kecil adunan & letakkan hirisan pisang di atas.kukus 15-20 minit.Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.

apam pisang

Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan minyak masak / mentega, dicairkan dan disejukkan
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula,(bole dikurangkan)
secubit garam

Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan  tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
***periuk kukus hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukus perlu dibungkus dengan kain supaya
wap tidak jatuh pd permukaan kuih


HAPPY STEAMING!!!