Monday, 29 October 2012

puff durian




assalamualaikum semua
semua sudah mencuba crepe durian kan?
saya sudah ada recipe crepe durian dalam simpanan hasil perkongsian teman FB.. insyALLAH saya akan sharekan kemudian apabila berkesempatan bercrepe yea..:)
psst ..actually dah buat pun tapi x sempat berpic..kerana kesedapan yg amat..tggu pencarian durian akan datang..cari durian yg ummph ..

hari ni saya sharekan puff durian..
ni kira serupa mcm crepe tu tapi x sama..

cara mudah simple yg pasti yummy !!

puff tu nak mouldkannya boleh ler ikut macam kat pic ni or tiru kat SINI



rujuk foto
1- terap PASTRY PUFF sebnyk 2 kpg.
2- terap pastry puff yg ke 3 - buatkan lubang
3-6 lapiskan antara 1 dgn egg wash
Susun didulang pembakar.
Bakar pada suhu 180'c hingga kekuningan
Sejukkan sebentar
Sudukan isi durian dan hiasakan dgn whip cream


rangup rapuh dari puff pastry..manis lemak durian dan smoothnya whip cream yg rasa mcm cloud ..very light tapi yg light tu ler yg menambah lemak ....tapi itu semua x jadik hal ler...kerana sedap  ku ikutkan aje....hehehe
so fren...dont wait lama2 jom ler kita sama2 menambahkan lemak di pinggang ..jommm!!!
SWEET &  JOY!!

Wednesday, 24 October 2012

sotong sumbat tahu telur tumis lada hitam


assalamualaikum semua
lagi sekali sotong sumbat jadi pilihan...kali ni saya masak guna blackpepper lak...alahai menjilat jari & pinggan si adik makan...hehe
jom2 tengok resipinya


sotong sumbat tahu telur tumis lada hitam
resipi : sasha
Bahan-bahan
1 biji kentang - direbus dan dilenyek halus
2 batang tahu telur - goreng sebentar dan dilenyek
garam & lada hitam secukup rasa
1 biji lada merah buang biji dan hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris halus

1 ulas bwg putih - hiris nipis
6 ekor sotong dibersihkan & ketepikan

Bahan sos
1 sdB sos tiram
1 sdB kicap pekat
2 sdB kicap manis
2 sdB sos lada hitam
1/2 cawan air

Bahan hiasan
1 biji cili merah buang biji dan hiris memanjang
1 tangkai daun bawang hiris kasar

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali sotong & bwg putih
Sumbatkan bahan sumbat ke badan sotong dan tutup dengan menggunakan pencungkil gigi.
Panaskan minyak dan tumis bwg putih
Masukkan bahan sos & sedikit air
Masukkan sotong dan masak hingga sotong masak
Angkat sotong dan ketepikan - jika sos masih cair pekatkan sedikit
Hidangkan dgn sotong dan tuangkan sos keatas sotong



HAPPY TUMMY!!

POPIA BAYAM


ASSALAMUALAIKUM semua
another snack for munching... buat popia bayam, mini2 lagi..kekonon cam versi sihat ler...yg adooo jerlahkan.. tapi walau pun kononnya sihat kalau makan banyak pun jadiknya x sihat jugak jahhh..



POPIA BAYAM

Bahan-bahan
200 gm bayam - dibersihkan
1 sdK minyak bijan
1 sdK bijan yang telah disangai
1 ulas bwg putih / 1 sdK serbuk bwg putih
garam & lada sulah secukup rasa

kulit popia - size kecil
sedikit air - dijadikan gam

Bahan sos
5 biji cili merah
4 sdB gula
1 sdB cuka
3 ulas bwg putih
garam secukup rasa
suku cawan air masak

Cara-cara membuat sos
Satukan semua bahan dan kisar halus


Cara-cara
Didihkan air didalam periuk
Masukkan bayam , masak sebentar dan toskan , bilas dgn air lalu
Perah sayur bayam & toskan.
Kemudian satukan bayam dgn sedikit garam, minyak bijan, lada sulah & bwg putih.
Taburkan bijan dan seratakan

Ambil sehelai kulit popia dan masukkan inti
gulung popia seperti biasa dan gunakan air untuk gam
Goreng dgn minyak yg banyak hingga kekuningan
Hidang bersama cili sos.

HAPPY MUNCHING!!!

rasam peria & udang



assalamualaikum semua
hari ni nak share masak rasam lak eh..  masak rasam simple  jer ni.,,shortcut pun yea coz guna rempah rasam ready made...senang kerja cik cha...:)

masa nak masak tu terpikir arr kena x gu dia klu peria ni masak rasam...eh eh eh...bila dah masak kan ..aduiiyai x rugi cuba eh...seriusly x tifuu eh..mmg sedap..segar jer hirup kuah rasam tu...x terasa pun pahit peria tu... sesekali  dua tiga kali tukar selera , ngam jugak..


Rasam peria & udang
resipi : sasha

Bahan-bahan
1 biji peria - dibersihkan dan direndam dengan air bergaram
300 gmudang dibersihkan
2 biji tmato dibelah
500 liter air asam

Bahan tumis
1 sdK halba campur
2 tangkai daun kari
1 sdB rempah rasam
1 ulas bwg putih hiris
1 biji bwg besar dihiris
4 tangkai lada kering dipotong 1 inci
Garam gula & lada sulah secukup rasa.

Cara-cara
Panaskan sedikit minyak didalam periuk
Tumis bahan tumis hingga wangi masukkan air asam
Masak hingga mendidih - masukkan peria yg sudah dicuci dan ditos
Masak sebentar kemudian masukkan udang.
Perasakan secukupnya,masukkan tomato dan tutup api.
Siap untuk dihidang.

HAPPY TUMMY!!!

Tuesday, 23 October 2012

kerabu telur masin

assalamualaikum semua..again saya prepare kerabu telur masin , cuma saya twistkan sambalnya
kalau dulu pny resipi saya share lain sikit rasanya..kali ni rasanya lagi ngancam.. nyum2 sedap2 sangat
klu dulu sambalnya basicly mcm sambal belacan.. tapi kali ni saya tmbhkan kerisik pula...mmg sedap terasa lemak kerisik dan pedas cili padi tu ..ada ummph....



KERABU TELUR MASIN
resipi : sasha

Bahan2
3 biji telur masin - direbus dan belah 2 atau 4
200 grm kacang botol - dibersihkan & hiris serong
1/2 batang lobak - hiris nipis
1 biji bwg besar - hiris
1  biji limau nipis - perah airnya

Bahan kisar
5 biji cili merah
10 ke 15 biji cili padi
2 sdB kerisik
2 sdB udang kering
garam gula secukup rasa

Cara2
Satukan kcg botol, lobak merah & bwg besar di dalam satu mangkuk
Perahkan limau nipis
Satukan bahan kisar kedalam mangkuk tadi dan kacau serata.
Kemudian masukkan telur masin dan seratakan.
Hidangkan bersama nasi putih & lauk pilihan



sotong sumbat telur tahu lemak cili padi



ASSALAMUALAIKUM semua
terasa hendak mkn sotong sumbat...kali ni nak mkn sotong sumbat dgn tahu telur...
jom jom kita menyotong jom:)


SOTONG SUMBAT TELUR TAHU lemak cili padi
resipi : sasha

Bahan inti utk disumbat pada sotong
2 btg tahu telur- goreng sebentar &lenyek
1 biji ubi kentang - rebus & lenyek halus
1 biji cili merah -buang biji dan hiris halus
1 kuib ikan bilis - hancurkan
1 helai daun kunyit - hiris halus
8 ekor sotong - size sederhana- dibersihkan dan ketepikan

Bahan kuah lemak
2 biji buah keras
6 ulas bwg merah
15 biji cili padi (lebihkan jika suka pedas)
1 sdK serbuk kunyit / 1 inci kunyit hidup
1 btg serai dititik
1 kotak kecil santan
sedikit air
garam & gula secukup rasa
1 helai daun kunyit - hiris halus



Cara-cara
Satukan bahan inti dan sumbat kedalam sotong - sepit dgn lidi pencungkil gigi.- ketepikan

Kisar halus cili padi, bwg merah, buah keras, kunyit
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan
Masukkan serai, perasakan dgn garam & gula
Masak hingga kuah pekat. Tutup api dan masukkan hirisan daun kunyit
Sotong digrill hingga masak .
Hidangkan dgn menuang kuah ke atas sotong.





HAPPY sumbatan sotong..!!!!

Friday, 19 October 2012

sesame noodles



assalamualaikum
cooked this meal for yesterday's lunch...

SESAME NOODLES
recipe : sasharahmat

ingredients
500 gms yellow noodles - wash and drain - put aside
200 gms chicken breasts - cut to bite size
200 gms green mustards / sawi
200 gms cabbage

2 cloves of garlic - crush

ing A
2 tbsp sesame oil
2 tbsp light soya sauce
1 tbsp noodle soya sauce
2 tbsp sweet soya sauce
1 tbsp roasted sesame
blackpepper to taste
***combine all the ing A in a bowl and stir well - put aside

methods
a bowl of yellow noodles - add some off ing A and marinated fpr 1/2 hour
a bowl of chicken breast - put some off ing A and marinated for 1/2 hour
heat wok with some cooking oil
add in crush garlic
add in chicken stir for a while
add in yellow noodles - keep stiring
add in cabbage and green mustard - stir for a while & off fire.
served with sprinkle sesame roasted and some sesame oil.



HAPPY TUMMY !!!





Thursday, 18 October 2012

bulgogi



ASSALAMUALAIKUM
bulgogi adalah hidangan korea, yg terdiri dari daging/ayam atau بابي   yg diperap
kemudian di bbq.



bulgogi
sumber : kitchen wench

Bahan2
500 gm daging (jenis tenderloin) - hiris nipis
1 biji pear- diparut kasar
1 biji epal merah (fuji) - diparut / blend halus (sy parut kasar )
2 ulas bwg putih - tumbuk kasar
2 ke 3 btg daun bawang - di hiris kasar
1 biji bwg besar - parut halus (sy hiris sahaja)
blackpepper secukup rasa
3 sdB gula
1/3 cwn kicap cair
2 sdB minyak bijan



Cara2
satukan semua bahan2 dan perap sekurang2nya 4 jam


saya perap semalaman, dan hasilnya lagi sedap dan daging jadi lembut


Cara2 penyediaan
selepas daging di grill , makan dgn carot & timun yg dipotong memanjang
kemudian gulung dalam daun salad, boleh dip dgn sosnya atau smbl nasi ayam.

dip sauce
1 ulas bwg putih - tumbuk halus
1 sdK halia parut halus
1 ulas bwg merah - hiris halus
1 sdB gula
1 sdK minyak bijan
1 sdK bijan (sesame) yg telah disangai
1 sdB apple cider
1/4 cwn kicap cair
1/2 sdB chili paste (gochu jang paste)


cara2
satukan semua bahan (kecuali minyak bijan dan bijan) dan masak sekejap hingga bhn2 sebati
kemudian tuangkan  kedlm mangkuk taburkan bijan dan masukkan minyak bijan
kacau serata dan boleh di hidangkan


HAPPY BBQing :)

Friday, 12 October 2012

BANANA PUFF


banananananana....
assalamualaikum semua!!

hari ni saya nak share simple yet delicious dish for tea break




used made it using popia wrap / spring roll call as turon
this time using puff pastry... it tasted even better ..


BANANA PUFF
recipe :sasharahmat

Bahan2
2 keping pastry puff (20cm x 20cm) - if xde size ni bole guna size yg kecil
4 biji pisang

bahan A
1sdB gula perang
1sdB gula castor
1sdB serbuk kayu manis / cinnamon
1 1/2 sdB kcg badam hancur (optional)
*** jika suka filling yg banyak bole tmbh qty





cara2
potong 2 puff pastry (jika gunakan size kecil tidak perlu potong

taburkan bahan A

letakkan pisang , potong kasar pisang tersebut

lekatkan kedua2 edge puff pastry
tekan2 keliling pastry dgn garfu








sapukan kuning telur & kelarkan permukaan puff
bakar pd suhu 180'c selama 15 ke 20 mins atau hingga kekuningan


HAPPY MUNCHING!!!

napa cabbage kimchi


alang kepalang dah korean mood this week..saya pun buat ler kimchi ala2 jer lah eh
sempoi jer buatnya dan kerana bahan2 also x remeh marilah  kita mencuba
saya gunakan sebiji napa cabbage /kobis cina .
kalau ikut recipe arie ni mmg arie gunakan 2 biji, so untuk recipe yg saya sharekan saya cutkan sebahagian dari recipe asal.


napa cabbage kimchi (utk 1 biji kobis cina)
source : arieskitchen

bahan2
1 biji kobis cina - dibersihkan & dipotong kasar

taburkan segenggam garam keatas kobis tadi

di mangkuk besar yg lain masukkan garam bersama air secukupnya - larutkan garam

kemudian rendam kobis selama 11/2jam.

setelah 11/2 jam bilas & toskan kobis selama 1 jam pula.

bahan kisar
1/4 cawan nasi
1/4cawan sos ikan
1/4 cawan air
1/2 biji bwg besar
7 ulas bwg putih
sedikit halia

cara2
kisar semua bahan hingga halus
campurkan dgn
3 sdB serbuk lada &
1 sdB chili flakes
masukkan 11/2 sdB gula &
1 sdB bijan
***untuk langkah ini tambahan serbuk lada/chili flakes/bijan/gula /garam/sos ikan bergantung pada selera masing2





masukkan pula daun sop & 1 biji bwg besar yg dihiris

kemudian masukkan pula kobis yg telah di tos tadi













gaul serata dan simpan didalam jar
untuk hari pertama simpan di dapur dgn suhu bilik
kemudian barulah disimpan di dalam fridge untuk sekurang2nya seminggu
barulah boleh dimakan.

HAPPY kimchi!!!


Tuesday, 9 October 2012

BiBimBap / mixed rice



yes!!! finally saya dapat merasa BiBimBap....ALHAMDULLILAH!!
ishhhh pasti ada yg kata gedics eh makanan malaysia pun x abis makan lagi ngengada lak nak makan korean food...tapi kan nak wat camnekan ..dah terhingin...:)
bibimbap.. bibimbap..saya terasa sangat cute bila menyebut bibimbap ini..x tau kenapa eh....hehehehe

watching korean drama with my gals..make us drool when the actor/actress eating a mouthful of bibimbap.... our ''tummy enthusiasm'' makes us wondering how does it tasted?.. but when i know the 'kick' of bibimbap (alahai perasan cute lagi...)
is depends in the gojuchang sauce......terus mak ilang semangat u...lerrrr mana nak carik itu gojuchang sauce tu eh.. mana eh ? kat mana?
maka kita orang pun telan air liur jer lah...:((

tapiiiiiiiiiiiii!!! (acting suprise but still cute).. miahahahaha....
tapikan... di plaza jelutong ni ada jaya grocer yg baru dibuka minggu lepas...jadinya kami pun merayap2 mengalahkan orang2 penting ingin meninjau2 harga dan mencuci2 mata sambil kekunun (KUNUN lerrr) dapat mengikis lemak2 di pinggang dgn window shopping tu...alahai..x sia2 window shopping kami...kerana di situ ada terjual 'gojuchang sauce' yipieee yeay... suka2 ler kami semua...

maka dgn penuh semangat 'kecutean' bibimbap saya pun menyediakan bibimbap
jom2 tgk recipe BiBimBap...
saya follow dr blog aeriskitchen
and off coz, ada here and there yg  saya ubah ikut kesesuaian citarasa saya



bibimbap ni terdiri dari sayur2 dan jg daging yg di goreng siap dan dicampur dgn sauce, campur gaul serata dan apa lagi...ngap!! yummy giler...


sungguh mengenyangkan dan mmg terasa bertambah cute apabila memakannya...ihikss

jangan menyampah kerana perkataan cute bnyk menjelma dientry kali ini...hehehe



















Bahan2
Bayam- secukupnya
Timun - potong (size bilah mancis)
Lobak - potong (size bilah mancis)
Tauge - secukupnya
1 biji bwg besar di hiris dan saute

Cara2
Bayam - dicelur dan masukkan kedalam air berais , toskan dan press hingga airnya kering
campurkan dgn seulas bwg putih dan sedikit minyak bijan , garam dan bijan - seratakan dan ketepikan

Tauge - dicelur sekejap dan masukkan kedalam air berais - toskan dan perasakan dgn sedikit minyak bijan dan garam

Lobak & timun digoreng (berasingan) dgn seulas bwg putih dan diperasakan dgn sedikit garam & lada sulah

Bahan2
500gm daging hancur
11/2 sdB gula
1sdB minyak bijan
1 sdB apple cider / cuka
1 sdB kicap cair
garam & lada hitam secukup rasa
2 ulas bwg putih - dihancurkan

Cara2
satukan semua bahan kecuali daging
seratakan bahan perap dan masukkan daging hancur - perap sekurang2nya 1 jam atau 2 jam
goreng hingga air perapan kering - ketepikan






SAUCE GOJUCHANG
bahan2
3 sdB sos gojuchang
2 sdB gula - boleh kurangkan
1/2 sdB apple cider / cuka
1 sdB minyak bijan
2 sdB bijan
1sdB kicap cair
1/2 sdB serbuk bwg putih / bwg putih dicincang halus


Cara2
satukan semuanya dan perasakan secukupnya.. ikut selera masing2









bahan2 lain ialah seaweed yg dihiris juga telur yg di goreng

sooo...dah bolelah dimakan
nasinya pula saya gunakan nasi sushi.
(sy cuba makan dgn nasi biasa...tapi kurang sedap ler pulak..)
gunakan beras seperti di gambar ini















sendukkan nasi kedalam mangkuk (lebih sesuai guna mangkuk kerana nak gaul serata bahan2)
letakkan telur dan susun semua bahan2 lain untuk sos tu bergantung pada suka banyak, tapi memadai dgn sesudu besar dulu.... mmg sedap giler makan ni...kekenyangan amat2 sangat..
and suprisingly bayam masak begini amat ler sedap ..ratah begitu pun sedap...semua sedap!!

JOM BiBimBap!!!
stay cute always!!

kimbap/ sushi roll


ASSALAMUALAIKUM semua..

demam korean ni dah lama kan menghidap diri saya... everytime tgk korean drama , i can't resist with the food yg dorang makan..saya teringin sangat nak makan black bean paste noodles, kimbap,bibimbap, kimchi, ramen etc etc etc...drools sambil menaip ni..:D

hari ni nak share my way to enjoy kimbap..hai mkn bnyk2 pun xpe..for sure makin debab2 ler org yg makannya,,hahaha

saya pernah buat kimbap/sushi roll ni guna pulut biasa yg buat utk kuih tu...mmg sedap tapi sooo sticky ler.. kali ni saya guna beras yg betul ler...beli di tesco..rm 9.90 jer.
dan nak roll tu sepatutnya ada mat/tikar utk sushi kan..tapi saya xde ...saya taram jer guna plastic alas ngan seaweed tu dan isi filingnya..jadik ler kan.






saya gunakan pin roll dan lapiskan dgn plastic dan gelek rata nasi tu...kemudian sy lapiskan dgn seaweed
















kemudian saya layerkan dgn telur dan add filling ..filling ni ikut suka eh..klu nk letak ketam ke, udang ke...sy cuma gunakan sosej jer, salmon also cun eh...

kemudian saya roll seperti biasa dan potong.


 hidang dgn wasabi dan sushi soy
HAPPY kimbaping!!!