Thursday, 18 October 2012

bulgogi



ASSALAMUALAIKUM
bulgogi adalah hidangan korea, yg terdiri dari daging/ayam atau بابي   yg diperap
kemudian di bbq.



bulgogi
sumber : kitchen wench

Bahan2
500 gm daging (jenis tenderloin) - hiris nipis
1 biji pear- diparut kasar
1 biji epal merah (fuji) - diparut / blend halus (sy parut kasar )
2 ulas bwg putih - tumbuk kasar
2 ke 3 btg daun bawang - di hiris kasar
1 biji bwg besar - parut halus (sy hiris sahaja)
blackpepper secukup rasa
3 sdB gula
1/3 cwn kicap cair
2 sdB minyak bijan



Cara2
satukan semua bahan2 dan perap sekurang2nya 4 jam


saya perap semalaman, dan hasilnya lagi sedap dan daging jadi lembut


Cara2 penyediaan
selepas daging di grill , makan dgn carot & timun yg dipotong memanjang
kemudian gulung dalam daun salad, boleh dip dgn sosnya atau smbl nasi ayam.

dip sauce
1 ulas bwg putih - tumbuk halus
1 sdK halia parut halus
1 ulas bwg merah - hiris halus
1 sdB gula
1 sdK minyak bijan
1 sdK bijan (sesame) yg telah disangai
1 sdB apple cider
1/4 cwn kicap cair
1/2 sdB chili paste (gochu jang paste)


cara2
satukan semua bahan (kecuali minyak bijan dan bijan) dan masak sekejap hingga bhn2 sebati
kemudian tuangkan  kedlm mangkuk taburkan bijan dan masukkan minyak bijan
kacau serata dan boleh di hidangkan


HAPPY BBQing :)

2 comments:

  1. Kak Ros nak tumpang makan.Asyik dok gi Seoul Garden je kalau nak makan ni.

    ReplyDelete
  2. nak la segulung..!! makan camni boleh ralit kan sha.. :)

    ReplyDelete