Friday, 21 October 2011

rendang hati


assalamualaikum..hari jumaat ni kan..syok kan esok dh sabtu!!...heemm how time flies...:))
hari ni sy masak nasi lemak jer...di 'GU'kan dgn PARU BERLADA ,rendang hati, SAMBAL SOTONG & RENDANG KERANG.

sy masak rendang hati ni mcm masak rendang biasa tu cuma x masukkan santan & sy lebihkan kerisik
tapi pada yg dh biasa menggunakan santan bole ler tmbh santan pekat.

bahan2

300 gm hati - dibersihkan & potong ikut suka

bahan kisar
2 btg serai
8 ulas bwg kecil
4 ulas bwg putih
1 inch halia
1 inch lengkuas
1/2 inch kunyit hidup (guna yg serbuk pun boleh)
4 sdB cili paste 


1 keping asam keping
daun kunyit
minyak secukupnya
2 packet (kecil) kerisik

cara2
panaskan kuali dgn minyak & tumis bahan kisar hingga wangi & garing - msk hingga sedikit pekat
kacau sebentar & masukkan hati  - (hati x perlu masak lama nnt dia keras)
masukkan asam keping, & masukkan kerisik
perasakan dgn garam & gula, masukkan daun kunyit
masak hingga kuah pekat & bolelHah dihidang dgn di taburkan daun kunyit.



HAPPY  TUMMY!!!




kerana mood saya berganda2 RAJIN sy jg buat chiffon cake tapi flavour durian



















No comments:

Post a Comment