Saturday, 11 June 2011

laksa asam

cara sy buat asam laksa ler
cara nak senang jer


bahan utk kuah

** tiada sukatan yg tepat klu nk bnyk kuahnya..tmbh ler bahan2 mengikut size hidangan.

sardin (cari yg baekkkk pny brand..) 1 tin
masukkan dlm periuk ..hancurkan dgn garpu sahaja..jgn hancur sngt...ketepikan

bahan kisar
lengkuas
halia
bwg merah
bwg putih
serai
sedikit belacan
lada kisar 4 sudu (ikut suka)

kisar semuanya. dan masukkan kedlm periuk yg berisi sardin tadi.

tambahkan air asam jawa
masukkan daun kesum
masak hingga pekat
garam & gula ikut selera (sy x letak perasa..tp pd yg suka ..bole letak)
bila nak tutup api tu bole tambahkan bunga kantan yg dibelah 2.

bahan hiasan
daun salad
timun
nenas
limau
bwg besar
lada cili
daun pudina

dihiris dan diletak dibekas

laksa dicelur dgn air panas
(bg yg menggunakan laksa jenis kering bole ikut arahan pd packet laksa)

bolehlah dihidang..*lebih sedap makan dgn otak udang..

laksa peranakan

followed recipe chef wan
inspired by dearest babeh wardah thxs alot war...love u as always:)


bahan2
1000 ml santan cair
100 ml santan pekat
1 kg udang dicincang (dibersihkan - kulit udang di masak ambil kuah utk dijadikan stok)

minyak utk menumis

bahan kisar
bwg merah
halia+serai+lengkuas
daun limau purut+udang kering
kunyit+buah keras
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk ketumbar

- tumis bahan kisar hingga terbit minyak
- masukkan udang cincang
- masukkan santan cair dan air rebusan udang
- masukkan hirisan daun ketumbar & daun kesum
- biarkan didih dan sedikit pekat
- masukkan fish ball
- masukkan santan pekat.
- garam dn gula secukup rasa
- masukkan taupok dan bolehlah ditutup api

bahan hiasan
limau
tauge dibersihkan
timun dihiris
telur rebus
kerang rebus
fish cake yg dicelur dan dihiris
sambal
hirisan daun kesum

mee laksa dicelur dan di tos

banana chilled cheese cake

made this one on 070511.



Bhn2
BASE
1 cwn biskut hancur (biskut marie)
1/2 cwn choc chip
1/3 cup mentega, dicairkan (kt microwave pun bole)

500 gm cream cheese (biarkan pd suhu bilik)
2 sudu teh gelatine yg dilarutkan dgn 1/4 cwn air panas (yg betul2 panas...br lps mendidih gitu) - masa nak masukkan dlm cream cheese baru kita larutkan gelatine

1 tin susu pekat (400gm) ...(agak2 krn skrg smua susu dlm tin yg tinggi tu. 505gram.)
1/3 cwn lemon jus
2 sudu besar parutan kulit lemon.

Cara2
tepi loyang sapukan dgn margarine/butter dn dustkan/taburkan sikit tepung
supaya sng nk klur nnt.

campurkan biskut marie yg hancur, choc chip
& mentega cair
tekan2 dn padatkan pd base loyang
**sebenarnya utk base ni tebal sikit pun bole.
susun potongan pisang di atas biskut tadi
sejukkan dlm fridge

pukul creamcheese sampai lembut,
masukkan larutan gelatine,
susu pekat, lemon jus dn parutan lemon.
pukul smpi adunan sama rata.

tuangkan sedikit kt atas base yg dh kita sejukkan tadi.
addkan potongan pisang berselang seli dgn adunan cheese smpi adunan abis.
lepas tu simpan balik dlm fridge semalaman atau 4 jam.
bila dah sejuk bole dihidang

** biskut marie tu lebih kurang 12 to 16 kpg...klu nk lebih hancurkan lebih.


ok tgk pd pic sy tu...konon nk wat caramel ler...tapi manis sngt...next time wat x perlu caramel krn pisang &cheese tu dh mmg perfect dah.....so tu kira FAIL ler!! hehe

chilled cheese cake with sw roll

followed recipe frm tiny book's chef wan


sy plg suka cheese cake yg x yah bake...as normal ler skala kemalasan tu amat tinggi...tapi bab makan uishhhh rajin amat :)


Bahan2
SW Roll secukupnya - dipotong nipis utk dijadikan dasar dn keliling.
Keep in fridge for chill purpose.


Cream Cheese
-500 gm cream cheese (suhu bilik)
-2 sudu teh gelatine yg dilarutkan dgn
1/4 cwn air panas (yg betul2 panas...br lepas mendidih gitu)
-Susu pekat (400gm) - bole dikurangkan
-1/3 cwn lemon jus
-2 sudu besar parutan kulit lemon

Cara2
Pukul cream cheese sampai lembut,
masukkan larutan gelatine,
susu pekat, lemon jus dn parutan lemon. Pukul smpi adunan sama rata.

Tuangkan kat atas base yg dh kita sejukkan tadi....
lepas tu simpan balik dlm fridge semalaman or (klu x sabar 4 jam pun bole)



Hiaskan dgn fresh fruit kesukaan anda bila nk hidangkan

Friday, 10 June 2011

vegetable noodles soup

versi dolly mee tapi yg ni sy buat soup jer, simple dan x heavy


simple mcm masak mee soup tu , cuma sy tmbhkan chinese 5 spice tu jer
the rest will be as typical vege soup

njoy viewing

kuih bakar jagung

baked this kuih last 300511
got this recipe from my dear kk sherry & according to kk sherry, recipe belongs to chef hanieliza tq kak liza & tq kk sherry

first time baked it at hubby place..he loves it soooooooooooooo much
also a keeper to me:)



Bahan2
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair

Cara2
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan baru bole dipotong