ASSALAMUALAIKUM SEMUA
hari ni nak share kuih tradisional SERI MUKA
berseri2 ler sape2 yg memakannya
buat utk tea break yesterday, dan sengaja x letak colour hijau, totally colour dari tepung kastard.
recipe ni simple jer ku skodeng dari chef hanieliza...trmksh kk liza.
SERI MUKA
sumber :chef hanieliza
Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam - sy masak menggunakan microwave high 10 minit pertama & kacau rata kemudian tmbhkan lagi 4 minit.
Cara2
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastic.
salam..sdp kuih ni fv tu tp x pernah try buat..ni npk dek ank dara sure suruh buat....dia pun suka kuih be pulut2 ni
ReplyDeletesalam sheila....nasib baik anak dara masih suka kuih2 tradisional ni ...bagus tu sheila:)) sure anak dara pandai masak sama mcm mamanya:)
Deletesenangnya masak pulut tu dlm microwave..tak pernah cuba lagi..
ReplyDeletenazrah...klu qty sikit bole jer guna microwave...klu nazrah nk wat bole ler cuba..:)) jgn lupa cover permukaan bowl dgn cling wrap..pastu tebuk2 kan permukaan cling wrap tu...insyALLAH:)
DeleteAs'salam Kak Cha ...
ReplyDeleteKueh nie FAV girl Nina ... Cantik lak tengok colour ORIGINAL gitu.
Kemas jer sentuhan Kak Cha. Suka Nina tengok..... ;)
waalaikumsalam nina:) betul2 kaler ori dr tpg custard tu...trmksh nina:)
Delete