Monday 26 September 2011

NASI LEMAK PANDAN

assalam semua
nak mencuba buat nasi lemak pandan, kononnya nak di''gu''kan dgn rendang pindang ler tu:)))
sy bet semua dh ramai yg cuba masak nasi lemak pandan ni.....yg beshnya bau harum sedapur dengan pandan..mmg ler nyum2:))



bahan2
~3 cawan beras basmati / beras wangi - (di rendam sekejap & di toskan lalu di masukkan kedlm rice cooker)- ketepikan
~1 inch halia tumbuk halus
~8 helai daun pandan  dikisar dgn air secukupnya - dn ditapis.- ambil 2 1/2 cawan air pandan
~3 cawan santan
~garam secukup rasa
~1 helai daun pandan di simpul
rempah tumis - (1 kayu manis, 1 bunga lawang & 3 pelaga)
~1 sdK jintan manis & 1 sdK jintan putih

cara2
panaskan kuali dgn sedikit minyak, tumiskan halia,rempah tumis & jintan manis & jintan putih
masukkan air pandan & santan, masukkan daun pandan...masak hingga didih & masukkan kedalam rice cooker pot yg berisi beras tadi, masukkan garam sekali. masak nasi mcm biasa. (jgn lupa menekan suis pd plug jg menekan butang cook pd rice cooker)

***gunakan cawan sukatan yg sama & jika rasa warna hijau tu x mencukupi bolehlah tmbhkan sedikit pewarna hijau

HAPPY COOKING!!!






2 comments:

  1. as-salam
    menarik nasi lemak pandan tu..nak cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  2. ady - as salam, resipi biasa jer ady:)) bole ler cuba:)

    ReplyDelete