assalamualaikum buat semua
AYAM GORENG SOS BIJAN
recipe by mummy cha
BAHAN2
10 ketul ayam dibersihkan & ditoskan
perap ayam dgn lada sulah dan garam
didalam satu bekas tupperware satukan
1/4 cawan tpg jagung
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam & lada sulah
1 sdK kunyit serbuk
1 sdK secukup rasa
*** seratakan bhn ini
ambil 4 ketul ayam dan masukkan kedlm bekas tupperware, tutup dan 'shake' / goncang
bekas hingga ayam bersalut tepung dgn sempurna
panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan - kaedah deep fry
** jika suka pedas boleh tambahkan serbuk paprika atau serbuk cili
**tupperware bole digantikan dgn plastic bag zip lock.
SOS BIJAN
bahan2
1 cawan lada kisar
3 sdB cuka
2 ulas bwg putih - kisar halus
garam secukup rasa
1/2 cwn gula - jika masih pedas tambahkan lagi gula
1 sdK secukup rasa
1 sdB minyak bijan
2 sdB bijan yg telah disangai
cara2
didlm periuk satukan semua bahan kecuali minyak bijan & bijan
masak hingga likat , jika sudah likat tutup api..
masukkan minyak bijan dan bijan.
bila dh sejuk bole simpan di jar dan simpan di peti sejuk
**tmbhkan gula garam ikut pd citarasa masing2
rasa sos ini - masam manis pedas
sos ini jg sesuai dimakan dengan kerang rebus / ikan bakar