assalamualaikum semua
musim durian ...macam2 boleh digayakan dengan durian ni kalau ada semangat rajinnnnnnnnnn..hehehe
semangat rajin saya ni sedang2 jer eh..tu yg buat serawa durian ..kalau semangat rajinnya mencanak2 for sure buat lempuk durian eh..ekekeke
cara penyediaan serawa durian ni bolehlah ikut selera masing2
saya x gunakan santan ataupun gula merah pada serawa saya
saya gantikan dgn susu cair sahaja, kekdg tu langsung x gunakan susu cair
hanya campuran durian tu sendiri sudah memekatkan kuah serawa.
SERAWA DURIAN
recipe : sasharahmat
Bahan2
25 ulas durian - ambil 20 ulas dan asingkan isi dengan bijinya
3/4 cawan gula putih
1 cwn susu cair
1 1/2 ke 2 cawan air biasa - campurkan isi durian dgn air , menjadikan larutan yang pekat
1 helai daun pandan - dibersihkan dan disimpul
sedikit garam
Cara2
Didalam periuk, masukkan susu cair,gula dan baki 5 ulas durian tadi,
masak dgn api perlahan hingga gula larut
masukkan daun pandan, masukkan juga larutan pekat air durian tadi
masukkan sedikit garam, masak hingga kuah likat dan hidang dengan roti , roti jala atau biskut cream cracker
ROTI JALA
recipe : sasharahmat
Bahan2
2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu cair / santan
1 sdt serbuk kunyit / pewana kuning
1 sdb minyak sapi
1 1/2 sdt garam
Cara2
kisar kesemuanya, rehatkan sebentar
dan bolehlah mendadar roti - panaskan kuali dan lenserkan sedikit permukaan kuali dgn campuran minyak sapi dan sedikit minyak
bolehlah menjala dengan gaya masing2 yea:))
bila dah masak roti jala tu boleh digulung atau dilipat
saya gunakan botol dgn 3 muncung
tapi bole jg gunakan cara tradisional dgn cawan /acuan roti jala
SWEET & JOY!!
No comments:
Post a Comment