Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Wednesday, 3 October 2012

sosej ayam & lada hitam sos



satu lagi lauk ringkas kesukaan anak2 saya.
sungguh senang. lauk ni idea dari my fb fren kk rose.
tqvm kak untuk perkongsian resipinya dan macam biasa arr kk rose cha olah sikit caranya...tapi yg penting sedap dan mudah menyediakannya.

kalau ikut recipe asal, sosej ayamnya x perlu di goreng dahulu, masukkan sosej selepas menumis bahan2. cuma kali ni saya goreng sosej tu utk dptkan bentuk pada sosej jumbo tu..last time saya buat hanya gunakan cocktail sosej jer...lagi cun comey dan cute jer :D


SOSEJ AYAM & LADA HITAM SOS
resipi asal : KK ROSE sweety lindt

Bahan2
sosej ayam secukupnya

bahan tumis-dikisar terlebih dahulu
1 bwg putih
1 biji bwg besar
3 sudu besar cili kisar - jika suka pedas boleh tambahkan

bwg besar - belah 6
garam gula secukup rasa
2 sdB balackpepper sauce
1 sdB oyster sauce

Cara2
Tumis bahan kisar hingga garing
Masukkan sosej , blackpepper sos & oyster sos.
Perasakan dgn garam & gula - jika smbl terlalu kering tmbhkan sedikit air.
Masukkan bwg, masak sekejap dan tutup api.
Sedia untuk dihidang.



THE HOTTER THE BETTER!!!

sambal ikan kering



caution : lauk ni memang memang sesuai sangat2 untuk specis 'mulut jahat' - ni jer makannnya kita cilikan jerr..lola...

meh2 tgk recipe simple dimple ni
tapi percayalah recipe ni ler yg boleh membuka selera ..


SAMBAL IKAN KERING
resipi : sashaRahmat

Bahan2
Ikan kering -ikut pilihan kesukaan masing2
1 biji bawang besar dihiris
1 biji tomato - belah 4 atau 6

bahan dikisar dgn sedikit air
1 biji bwg besar
cili padi - ikut tahap kepedasan masing2

garam gula secukup rasa
sedikit air asam jawa

Cara2
ikan kering digoreng  & diketepikan
tumis bahan kisar hingga sedikit kering, masukkan air asam jawa, garam gula secukup rasa
masukkan bwang besar & tomato
masukkan ikan kering dan tutup api
bolehlah dihidang.

HAPPY hot & extra hots!!!!!

LADA JERUK


assalamualaikum semua

pasti ramai yang dah tahu penyediaan lada jeruk..sedap dimakan dgn kue teow goreng, makan dengan hidangan mee, bee hoon goreng pun sedap.

kali ni saya nak share cara2 penyedian lada jeruk version arwah mak saya.(alfatihah)


LADA JERUK
resipi : allahyarhamah  hjh maznah salleh

Bahan2
260gm lada hijau yg telah dicuci bersih dan tos kering

bahan A
1 cawan gula
1 1/2 cawan air panas-(air baru didih)
2 sdB garam
3/4 cawan cuka

** 2 cawan air panas & sedikit garam


Cara2
Cili hijau yg telah dibersihkan di potong/gunting bulat2 - (jgn terlalu nipis/terlalu tebal)
Cili yg telah dipotong direndam sekejap (lebih kurang 3 min)  dgn bahan bertanda **
(air hendaklah benar2 panas - air yg baru didih)
setelah 3 min , toskan cili tadi
satukan bahan A hingga kesemuanya larut
kemudian ambil cili yg ditoskan dan satukan dgn semua bahan A.
masukkan ke dalam balang/jar tutup balang
** cili akan berubah warna dan lada jeruk tersedia untuk dinikmati...



HAPPY TUMMY.



Tuesday, 24 April 2012

pecal

ASSALAMUALAIKUM

another simple recipe yet yummy !!!
untuk sayuran tu ikut suka arr..saya cuma gunakan tahu & pucuk ubi sahaja.


PECAL SAYUR
bahan2
1 ikat kangkung - dicelur
1 timun - hiris nipis
kcg panjang - di celur
seikat pucuk ubi - direbus hingga lembut
tauge - dibersihkan & celur
4 keping tahu - di goreng
2 keping tempe - di goreng

bahan2 kuah kacang
Kacang tanah( disangai dan dikisar )

bahan kisar
sedikit kecur
Udang kering
Belacan - di goreng
Bawang merah
Cili kering - rendam dgn air panas 

Gula & garam secukup rasa
air asam secukupnya
daun limau purut / daun kunyit - hiris halus - optional

cara2
bahan kisar dicampurkan dengan kcg tanah yg dikisar tadi
tambahkan air asam, gula & garam secukup rasa
masak sekejap hingga sedikit pekat
tmbhkan daun limau purut / daun kunyit yg dihiris halus.
siap untuk dihidangkan dengan sayur pilihan






HAPPY COOKING!!!




Friday, 21 October 2011

sambal SOTONG rendam






pic courtesy google - gambar sotong rendam

bahan2
- seekor sotong rendam - di bersih kan & potong ikut suka
- 1/4 cawan asam jawa
- 1/2 cwn kacag tanah yg telah di tumbuk kasar - klu nk lebih pun boleh

bhn kisar
- 10 batang cili kering - klu nk pedas lebihkan - di rebus sekejap & dibilas, toskan
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- belacan
- 1 biji buah keras
- sedikit halia

cara2
- tumis semua bhn kisar
- masukkan sotong - masak hingga sotong lembut masukkan air asam jawa, perasakan dgn garam & gula
- masukkan kacang & kacau serata. tutup api & boleh dihidang


HAPPY  TUMMY!!!!




Tuesday, 18 October 2011

ACAR BUAH / acar tahun




bahan2
- 1 ke 1 1/2 cawan minyak
- 20 ke 30 ulas bwg merah/ kecil
- 15 ke 20 ulas bwg putih
- halia secukupnya - dihiris memanjang halus
- sesenduk lada kisar
- gula secukupnya
- garam secukup rasa
- 1 ke 2 cawan air asam - bole digantikan dgn cuka
- 1 ke 2 packet kecil kerisik

asam jeruk pilihan, (buah kana, buah cheri , aprikot )

cara2
panaskan minyak dn tumiskan lada kisar hingga masak
masukkan bwg kecil , bwg putih & halia
masukkan air asam
masukkan kerisik & gula garam secukup rasa - lebihkan manis
masukkan asam jeruk pilihan..masak hingga semua sebati & sedikit kering


HAPPY TUMMY!!!










Sunday, 2 October 2011

SAMBAL HIJAU

assalam semua...walau ade pasta ke, western food ke tetap ini pujaan hati saya....recipe C&P dr my lalink sister KK ROSELINDA..terliur seyy tgk smbl kk rose....klu kk rose ade add petai, tapi sy cuma buat plain gitu jerr....pssst dan sy buat dgn qty yg bnyk..senang nk buat stok ..muahahahahaha (x sopan pny berdekah ni)....
kk rose ijin cha c&p yea kak..:)) TQ in advance kak!! muah muah muah.....



bahan2
petai secukupnya - dibersihkan & dibelah 2 - sy x masukkan 
200 gm ikan bilis di bersihkan & direndam - sy goreng & kisar
2 biji bwg besar - dimayang - sy x masukkan
sedikit jus limau nipis - sy gunakan air asam
garam secukup rasa

BAHAN KISAR
5 biji lada hijau - sy lebihkan
10 biji lada cili (hijau) - uishhh jg sy sengaja2 lebihkan siap add in yg merah sekali!!
5 ulas bwg merah
2 cm lengkuas

cara-cara
tumis bahan kisar & masukkan ikan bilis, petai & jus limau nipis & garam secukup rasa
masukkan bwg besar & bolelah di hidang




selain dr masak sambal hijau,saya masak jg  sayur kacang tumis berlada :)) yay happy tummy!!!

















Wednesday, 21 September 2011

PUCUK UBI, TAHU & TEMPE cicah kuah kacang

hehehe tengok tajuk tu sikit ler punya panjang..x tau nak bagi tajuk ape...bole ler eh ...asal faham kan..kan kan...ekekekeke
sebenarnya menu ni adalah menu yg hubby mintak last day tempohari..smapi kat airport pun bole kata ...nyesal x tapau kuah kacang ...hehehe, then hari ni saya ulang tayang buat lauk utk ratah2..kak baby kata sedap makan dgn tahu...joey makan pun kata sedap..tapi saya tau nape dorang kata sedap...pasal x PEDASSS...hehehe nway ini adalah menu yg sempoi untuk cover rasa jelak bila asik makan ayammm kan?




tahu goreng, tempe goreng & pucuk ubi rebus..senangkan..utk lain2 tambahan bole ler ikut selera masing2


saya sharekan resipi kuah kacangnya

bahan2
1 1/2 cawan KACANG TANAH - digoreng
1 ulas bwg putih goreng
sedikit belacan - di goreng (sy x masukkan belacan )
10 biji cili api goreng - klu x nak pedas x yah masukkan
10 tangkai lada kering - dimasak kemudian dibilas & ditoskan
kicap manis secukupnya
sedikit air masak utk mengisar
1 sdB kicap pekat
garam gula secukupnya
air asam secukupnya
sedikit cekur
1 helai daun kunyit - hiris kasar

cara2
kisar kacang tanah & semua bahan - jgn terlalu bnyk nnt cair
perasakan dgn gula & garam & air asam secukupnya.

***walau pun semua bhn dh di masak - sy tetap masak sekejap kuah kcg nih supaya tahan lama




HAPPY COOKING !!!

Friday, 29 July 2011

PAJERI NENAS

source : KK SHERRY
tq kak share recipe & cam biasa ler cha C&P here kak:))

BAHAN2
1 biji nenas
1 SB serbuk kunyit
2 SB besar rempah kari
2 SB besar kerisik
3 SB jus asam jawa
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cwn santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
2 SB udang kering, rendam 10 minit dan toskan
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup - sy guna kunyit serbuk
4 tangkai cili kering - sy x masukkan
2 biji buah keras

CARA2
Nenas dikupas, belah 4 dan buang empulurnya.
Hiris sederhana tebal, masukkan dalam periuk bersama serbuk kunyit dan air, celur sekejap @ 2 minit, toskan.

panaskan minyak
tumis kulit kayu manis, pelaga & bunga lawang tumis hingga harum,
masukkan bahan kisar & serbuk kari - kacau rata dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan santan dan tambah gula- secukup rasa & jus asam jawa. Kacau rata.
Masukkan kerisik dan juga nenas tadi, gaul hingga rata.
Tambah garam secukup rasa dan masak dengan api kecil hingga kuah pekat,
mengikut selera masing2.



HAPPY COOKING!!!

Thursday, 21 July 2011

air asam

bhn2
bhn hiris
1 biji bwg besar hiris

bhn kisar
8 cili merah
8 cili api - klu suka pedas tmbh lagi
sedikit air asam
sedikit belacan
1 biji bwg besar
1 biji tomato
2 sdB kerisik
garam gula secukup rasa

cara2
kisar semua bahan kisar
transfer ke dlm mangkuk
masukkan bwg besar hiris
bole makan dgn daging rebus atau ikan...mmg sedap!!!

Wednesday, 13 July 2011

sambal kacang

sy cuba masak 2 versi smbl kacang
xde bnyk beza bhn2nya tp mmg ade sedikit kelainan rasa








VERSI 1
bhn kisar
3 batang serai
1 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sdB udang kering direndam
2 biji buah keras
sedikit belacan
20 to 25 tangkai lada kering (di masak sekejap & cuci bersih)

lebih kurang 1 cwn air asam
garam, gula & gula merah secukup rasa

300gm kcg tanah goreng dikisar (1/2 kcg kisar kasar & 1/2 kcg kisar halus)

Cara2
tumis bhn kisar hingga wangi
masukkan air asam jawa
perasakan dgn garam & gula
masukkan kcg kisar
didih sekejap & tutup api

1st VERSION
ground ingredients
3 sticks lemongrass - roughly sliced
2 cms galangal - peel & roughly sliced
5 shallots
2 cloves of garlic
2 tbsp dried shrimp
2 candlenut
1tsp shrimp paste
20pcs dry red chilies (less chilies to cut spicy)
*** blended all ingredients with just enough water to make fine paste


3/4 cup of tamarind juice (1 tbsp of tamarind paste diluted with 3/4 cup water)
salt & sugar to tasted
4 tbsp of brown sugar
300 gm ground nut - pound


methods
heat 1/4 cup oil  - saute all blended ingredients till well cooked
add in tamarind juice, brown sugar, salt & sugar to tasted
add in pounded ground nut. cooks till the sambal/sauce a little bit thicked.


refer this link for other version of satay sauce.


VERSI 2
bhn kisar
2sdB udang kering
20 KE 30 tangkai cili kering (di masak sekejap & cuci bersih)
3 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 btg serai - hiris kasar
sedikit lengkuas
sedikit kunyit - serbuk kunyit pun bole
sedikit belacan
1sdK serbuk jintan manis
1sdK serbuk jintan putih
1sdK ketumbar

300gm kcg tanah goreng dikisar (1/2 kcg kisar kasar & 1/2 kcg kisar halus)

lebih kurang 1 cwn air asam
garam, gula & gula merah secukup rasa

Cara2
tumis bhn kisar hingga wangi
masukkan air asam jawa
perasakan dgn garam & gula
masukkan kcg kisar
didih sekejap & tutup api

SY SUKA KUAH KCG VERSI KE2 NI..MAKAN DGN SATE GORENG...nyum2!!

HAPPY COOKING!!

Monday, 11 July 2011

sambal cicah / nasi ayam sos


bhn2
lada cili merah - (klu suka pedas bole tmbh sedikit cili api)
seulas bwg putih
sedikit cuka
garam & gula secukup rasa
sedikit air

cara2
kisar semua bahan  & kalau ade lebih bole simpan di dlm fridge

sambal tumis sotong / squids sambal



ING
300g of fresh squid - cleaned & cut as desire
1 onion (sliced)
1 teaspoon of belacan
3 to 4 TBS Tamarind juice
Salt & SUGAR to taste
Oil

ing to blend
3 cloves of shallot
1 clove garlic
½ inch ginger
10 - 15 dried chillies (can less if u prefer to less spicy)

METHOD
- cook squids (w/o oil)-(app. 1 min) - drained
- heat oil & saute blended ing. - (cooks tili the paste separated from the oil)
- add belacan & onion
- add tamarind juice, salt & sugar - simmer smbl until it's thicken.
- lastly add squids -(cooks for 1 min)- taste the sambal & off stove

HAPPY COOKING!!