Wednesday, 3 October 2012

LADA JERUK


assalamualaikum semua

pasti ramai yang dah tahu penyediaan lada jeruk..sedap dimakan dgn kue teow goreng, makan dengan hidangan mee, bee hoon goreng pun sedap.

kali ni saya nak share cara2 penyedian lada jeruk version arwah mak saya.(alfatihah)


LADA JERUK
resipi : allahyarhamah  hjh maznah salleh

Bahan2
260gm lada hijau yg telah dicuci bersih dan tos kering

bahan A
1 cawan gula
1 1/2 cawan air panas-(air baru didih)
2 sdB garam
3/4 cawan cuka

** 2 cawan air panas & sedikit garam


Cara2
Cili hijau yg telah dibersihkan di potong/gunting bulat2 - (jgn terlalu nipis/terlalu tebal)
Cili yg telah dipotong direndam sekejap (lebih kurang 3 min)  dgn bahan bertanda **
(air hendaklah benar2 panas - air yg baru didih)
setelah 3 min , toskan cili tadi
satukan bahan A hingga kesemuanya larut
kemudian ambil cili yg ditoskan dan satukan dgn semua bahan A.
masukkan ke dalam balang/jar tutup balang
** cili akan berubah warna dan lada jeruk tersedia untuk dinikmati...



HAPPY TUMMY.



No comments:

Post a Comment