Wednesday, 1 May 2013

salad tembikai

ASSALAMUALAIKUM

jom try recipe sihat dan mudah ni.. save bajet pun yea.....
sangat sedap makan jika cuaca panas


SALAD TEMBIKAI
recipe by : sasha

bahan2
tembikai secukupnya - didadu
daun parsley secukupnya - hiris kasar

bahan vinaigrette
3 sdB gula
garam dan black pepper secukup rasa
4 sdB minyak zaiton
1 biji bawang besar hiris nipis
1 sdB cuka / perahan lemon

cara2
satukan bahan vinaigrette dan kacau rata hingga gula larut
campurkan bahan vinaigrette bersama tembikai dan parsley
terus dihidang.





KARI TOFU TELUR


KARI TOFU TELUR
recipe by : sasha

Bahan kisar
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih

Bahan tumis
1 sdK halba campur
1 paket kecil serbuk kari ikan babas
1 bunga lawang
1 1/2 inci kayu manis
1 biji bwg besar hiris
2 tangkai daun kari

3 TOFU TELUR  - dihiris sederhana dan digoreng mengikut cara disini
garam gula secukup rasa
air secukupnya
1 batang terung sederhana - hiris bulat
*** pada yg suka boleh gantikan air kepada santan.. sy tidak menggunakan santan
1 sd makan minyak sapi
2 sdminyak masak
1 keping asam keping

cara2
panaskan minyak sapi dan minyak masak didalam periuk
tumiskan bahan kisar hingga wangi
kemudian masukkan bahan tumis - masak hingga garing
masukkan air secukupnya - masak hingga kuah sedikit pekat
tmbhkan garam gula secukup rasa dan asam keping
masukkan terung dan biarkan didih
kemudian masukkan tofu telur dan bolehlah ditutup api.


happy eating!!!


ayam masak kuzi

ayam masak kuzi hasil kiriman rempah dari adik YANA terimakasih yang x terhingga buat yana..walau dah berkurun tapi kk cha still nk ucapkan tq tq tq soooooo much.....

kisahnya dah lama dah masak lauk ni ...cuma x bershare jer...
psst yana!! sory eh yana lama kk cha x sharekan pic...btw trmksh daun keladi..ihikss

resepi pulak sy follow dari chef liza... tq again chef.

dan saya masak juga nasi pelangi utk di padankan dgn ayam kuzi ni... memang sedap ayam kuzi ni..pada yang x pernah cuba..harus mencubanya..  jom jom kita study resipinya


AYAM MASAK KUZI

resepi : chef hanieliza

bahan2
1 ekor ayam (potong 10)
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah (belah 4)
1 labu bawang besar (belah 4)
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.





Tuesday, 30 April 2013

udang & nenas masak lemak cili padi

ASSALAMUALAIKUM
saya menimbulkan diri setelah agak lama tenggelam.
dah lama x beronline sampaikan password utk blog also terlupa...ngee nge ngee
pada readers tersayang moga semuanya berada dalam sejahtera selalu.

ok lah utk kali ni sy nak share recipe senang sesangat..warm up dulu eh...
jangan marah jika recipe sempoi camni pun ada hati saya nk kongsikan...
pada yg dah tau tu,,, jst cuci2 mata dgn pic eh... untung2 tergoda nafsu terus nak mkn...hehe


udang & nenas masak lemak cili padi

BAHAN2
20 ekor udang sederhana besar - dibersihkan
15 biji cili padi - dikisar
1 biji bwg besar - dikisar
sebatang serai - dititik
santan pekat 1 kotak / 200ml
1/2 biji nenas masak - dipotong sederhana nipis
garam gula secukup rasa

CARA2
tumis  tanpa minyak bahan kisar dan masukkan serai
masak dgn api sederhana hingga bahan tumis masak
masukkan nenas dan santan
masak hingga nenas lembut, tmbhkan garam gula secukup rasa biarkan mendidih sekejap
kemudian masukkan udang, bila udang dah merah (kurang lebih 2 min) tutup api dan bolehlah dihidang.
**gunakan api yg sederhana dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah santan


lagi pedas lagi menyengat...

Monday, 29 October 2012

puff durian




assalamualaikum semua
semua sudah mencuba crepe durian kan?
saya sudah ada recipe crepe durian dalam simpanan hasil perkongsian teman FB.. insyALLAH saya akan sharekan kemudian apabila berkesempatan bercrepe yea..:)
psst ..actually dah buat pun tapi x sempat berpic..kerana kesedapan yg amat..tggu pencarian durian akan datang..cari durian yg ummph ..

hari ni saya sharekan puff durian..
ni kira serupa mcm crepe tu tapi x sama..

cara mudah simple yg pasti yummy !!

puff tu nak mouldkannya boleh ler ikut macam kat pic ni or tiru kat SINI



rujuk foto
1- terap PASTRY PUFF sebnyk 2 kpg.
2- terap pastry puff yg ke 3 - buatkan lubang
3-6 lapiskan antara 1 dgn egg wash
Susun didulang pembakar.
Bakar pada suhu 180'c hingga kekuningan
Sejukkan sebentar
Sudukan isi durian dan hiasakan dgn whip cream


rangup rapuh dari puff pastry..manis lemak durian dan smoothnya whip cream yg rasa mcm cloud ..very light tapi yg light tu ler yg menambah lemak ....tapi itu semua x jadik hal ler...kerana sedap  ku ikutkan aje....hehehe
so fren...dont wait lama2 jom ler kita sama2 menambahkan lemak di pinggang ..jommm!!!
SWEET &  JOY!!

Wednesday, 24 October 2012

sotong sumbat tahu telur tumis lada hitam


assalamualaikum semua
lagi sekali sotong sumbat jadi pilihan...kali ni saya masak guna blackpepper lak...alahai menjilat jari & pinggan si adik makan...hehe
jom2 tengok resipinya


sotong sumbat tahu telur tumis lada hitam
resipi : sasha
Bahan-bahan
1 biji kentang - direbus dan dilenyek halus
2 batang tahu telur - goreng sebentar dan dilenyek
garam & lada hitam secukup rasa
1 biji lada merah buang biji dan hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris halus

1 ulas bwg putih - hiris nipis
6 ekor sotong dibersihkan & ketepikan

Bahan sos
1 sdB sos tiram
1 sdB kicap pekat
2 sdB kicap manis
2 sdB sos lada hitam
1/2 cawan air

Bahan hiasan
1 biji cili merah buang biji dan hiris memanjang
1 tangkai daun bawang hiris kasar

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali sotong & bwg putih
Sumbatkan bahan sumbat ke badan sotong dan tutup dengan menggunakan pencungkil gigi.
Panaskan minyak dan tumis bwg putih
Masukkan bahan sos & sedikit air
Masukkan sotong dan masak hingga sotong masak
Angkat sotong dan ketepikan - jika sos masih cair pekatkan sedikit
Hidangkan dgn sotong dan tuangkan sos keatas sotong



HAPPY TUMMY!!