Friday, 17 February 2012

cuppies pizza with chicken hawaiian topping

ASSALAMUALAIKUM semua..:))

Kelebihan Hari Jumaat:
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

sekadar berkongsi ilmu dari teman fb ct mariam crazydeco..tq ct..cha share di blog yea:)


ok.. as for 2day teabreak again cuppies pizza cuma topping dia jer lain.. dh buat cuppies tu semalam masa buat chicken roll tu sy pun buat 1 lagi adunan utk cuppies.

recipe utk cuppies pizza tu bole refer di SINI yea

utk topping tu sy buat hawaiian style...aiseyy mmg sedap ..rasa manis masam dari nenas tu..masin lemak dari cheese...adoiiyaiii..makan punya makan 4 ketul sekali seyy..hehehe
utk sosnya pula kali ni sy buat sendiri..tapi klu malas guna aje spaghetti sos..sama aje rasanya..


ok ni sos cara saya eh

bahan2
220g tomato puree
2 biji bwg besar dadu kecil
1/2 atau 1 btg carrot dadu kecil
1 btg celery dadu kecil (klu xde pun x pe)
oregano herbs secukup rasa
garam, gula & lada hitam secukup rasa
air secukupnya

cara2
panaskan minyak,tumis bwg merah hingga layu masukkan carrot & celery
masukan tomato puree & air secukupnya...(tidak terlalu cair atau terlalu pekat)
masukkan oregano , garam,gula & lada hitam secukup rasa.
masa hingga didih dn pekat sedikit.tutup api & sejukkan


untuk inti ayam pula, saya cuma saute ayam hancur sebentar
dan tmbhkan lada sulah, sedikit parsley dan sedikit garam dn tapiskan sebentar.















nenas yg dipotong kecil

cara2 dia senang jer ..mula2 tu susukan sos, pastukan masukan inti ayam  dan susun kepingan nenas diatas inti ayam...
pastu baru ler taburkan cheese.












ready utk di taburkan cheese


setalah ditaburkan cheese, kat batch ni ade yg letak nenas, dan ade yg xde....biasa ler bajet nenas ciput..hehe..

utk cheesenya saya gunakan campuran cheese moza & cheddar.

bakar pd suhu 180'c untuk 5 ke 8 mins..(atau lebih bergantung pd oven masing2)









HAPPY BAKING!!!









Thursday, 16 February 2012

chicken roll


assalamualaikum & selamat petang

untuk minum petang hari ni saya cuma menyediakan chicken roll. boleh simpan sikit untuk breakfast esok kut...:))

doh tu seperti biasa dr adunan doh donut lembut cuma ade sedikit yg sy tmbh...

untuk filling tu terserah pada selera masing2...kali ini sy gunakan ayam, bole tukar gunakan tuna, daging atau isi ketam..

kalau xnak savoury flavour pun xpe..tukarkan jer pada rasa manis, mcm cinnamon roll..

jom kita homework recipenya..

bahan2
11 gm yis mauripan
1 cwn air suam
1 sdB gula
1 sdK tepung gandum
**semua bahan2 diatas disatukan dn biarkan yis naik kembang
3 cwn tepung
1/4 cwn susu tepung
1sdK bread improver
3 sdB marjerin
sedikit garam halus
1/4 cwn gula castor
** satukan semua bahan - ketepikan

cara2
bila yis dah naik kembang, satukan yis pada bahan tepung, uli serata...
taburkan sedikit tepung jika doh sedikit melekit...jika doh sedikit keras renjiskan sedikit air suam. uli hingga adunan tidak melekat di jari2.

ketepikan biarkan doh naik seganda.
bila doh dah naik bolehlah dicanai.



inti / filling
400gm ayam hancur
1 btg carrot di dadu kecil
2 bwg besar didadu kecil
2 ulas bwg putih racik halus
lada hitam & garam secukup rasa

cara2
saute isi ayam hingga sedikit masak - toskan
dgn kuali yg sama,tumis bwg putih & bwg besar, masukkan carrot &
sedikit parsley/ rosemary / mixed herb
perasakan dgn lada hitam/lada sulah & garam
masukkan ayam tadi dan kacau serata, tutup api dan tapis.







step 1
canaikan doh bentuk 4 segi
taburkan serata inti, kalau suka boleh taburkan cheese (moza & cheddar)











step 2
gulung rapat2











step3
potong lebih kurang 2 ke 3 cm.


















step 4
susun ke dalam muffin cup liner / boleh jgk alaskan tray dgn baking paper

tggu naik sedikit dan bakar pd suhu 180'c selama 20 mins atau hingga masak.
sapukan dgn marjerin bila roll keluar dari oven.
















HAPPY BAKING!!!

coffee cupcake



assalamualaikum semua
hari ni nk share cuppies yg saya buat utk anak bujang sempena graduation dia pd 11/02/12.
sy hanya baked cuppies, topping dn deco memang 100% disiapkan  oleh anak saya, kak baby.

 utk perasa coffee tu boleh gunakan coffee kesukaan masing2, saya hanya menggunakan nescafe sahaja





recipe sy adapt dr my recipe
and as ussual ade yg sy tukar ikut selera.

dgn adunan ini sy dpt hasil  23pcs
cuppies ni x rugi cuba coz hasilnya mmg sedap dan lembut ..sangat gebu...

coffee cupcake with cheese frosting and fondant deco...



bahan2
1/3 cwn buttermilk

3/4 cwn gula
125gram / 1/2 bar mentega (suhu bilik)
2 telur
2sdK vanilla esen
2sdB nescafe dilarutkan dgn 2sdB air panas


bhn diayak
1 1/4 cwn tepung gandum
1/2 sdK baking soda
1/4 sdK garam

cara2
pukul mentega & gula hingga kembang, masukkan telur , masukkan esen vanila & pukul lagi
masukkan bhn ayak, masukkan buttermilk & larutan nescafe.
kacau serata dn scoopkan adunan ke dlm cake liner. bakar dlm suhu 180'c selama 20 ke 25 mins atau hingga masak (bergantung pd oven masing2)


cheese frosting
250g cream cheese
125g mentega
2 ke 3 cawan icing sugar (yg diayak)
1sdK esen vanila

cara2
pukul cream cheese & mentega, masukkan icing sugar & esen vanila
klu suka manis tmbhkan lagi icing sugar.

kisses from his 3 ladies in his life..at the moment ler........hehe




utk ganache coklat pula sy cuma cairkan coklat masakan dn tmbhkan sedikit susu cair.

dihias dgn  fondant deco yg dihasilkan dr jari2 mungil (mungil ke??) kak baby:))


























congratz to abang....may success always
with lot of loves from all of us...:))






HAPPY BAKING!!!

Wednesday, 15 February 2012

cuppies pizza

dah lama buat ni...x silap december masa my sis were here..
idea nak buat camtu, masa ke sunway pyramid..terpandang pizza in the cone..looks lovely..

so saya cuba buat cara saya ler..:)) adunan sy gunakan adunan DONUT LEMBUT x tiffu punya



bahan2
3 sdB marjerin (planta/daisy)
2 3/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn susu tepung (bole subs. dgn serbuk soya/serbuk santan)
1 sdK bread improver..(klu xde pun x pe)
satukan serata semua bhn2 diatas

Bahan A
1 packet yis (11gm)
3/4 cwn air suam
1 sdB gula
1 sdB tepung gandum
*satukan semua, dn tggu hingga yis naik




satukan bhn A pd bhn tepung tadi
uli serata ..tggu untuk doh naik sedikit (kurang lebih 5 ke 8 mins) dan boleh mula membentukkan cuppies 
so as for topping tu sy gunakan sosej jer..mmg senang & yg penting yummy..:)

untuk tutorial picture bole refer di SINI


HAPPY BAKING!!!


rendang kasturi



ade orang panggil kuih rengas  atau kuih kacang hijau...

saya suka2 sangat kuih ni...buatnya ringkas jer kan..& for sure semua dah tahu tapi sy share jg lah yea...:))
made for our teabreak 14/02/12..:))
and xde recipe yg exact..jst taram & agak2 jer.., ade yang buat kuih ni letak kelapa parut, & tepung , tapi saya cuma campurkan kelapa parut jer..tiada tepung. dan untuk adunan tepung goreng tu pula, klu tradisionalnya menggunakan tepung beras..tapi sy cuma gunakan tepung gandum & tepung jagung.

bahan2
2 cawan kcg hijau - direndam & masak hingga lembut /kembang
1/2 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula...(klu suka manis ..tmbhkan gula)

cara2
masak kcg hijau hingga lembut, tapiskan lebihan air, semasa panas tu masukkan gula dan lenyek kcg hijau hingga separuh hancur...ketepikan biar sejuk..bila dah sejuk masukkan kelapa parut. dan boleh bentukkan bulat2 kecil.

untuk adunan tepung / batter
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
air secukupnya . (adunan seperti adunan tepung untuk pisang goreng).






HAPPY TUMMY !!!

NAGASARI



bak kata AS naga pakai sari :))

apa khabar semua..hope semuanya sihat2 selalu...dah lama dah buat kuih ni...kira nk story pun mcm dah basi gitu..nway sy share jg di blog ni .

recipe dr kk fida @ my resipi , tq kk fida for the recipe. tapi kk fida guna cendol , saya still guna pisang & sy addkan colour kuning. (terpandang ta pny nagasari kaler ijau...cam suka lak)

bahan2
pisang secukupya - didadu kecil (seeloknya pisang nipah)
1 cawan tepung jagung
1 sdB tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1 sdKgaram
1,700 ml santan - bole gunakan santan kotak dn dilutekan dgn air biasa
daun pandan - disimpul
*gunakan daun pisang utk membungkus (tapi sy hanya menggunakan bekas2 kecil kuih lompang)

cara2
satukan semua bahan (jg daun pandan utk aroma harum) dan masak dgn api yg sederhana hingga likat dan licin - tutup api
ambil bekas lompang sudukan hingga separuh bekas, taburkan sedikit pisang dan sudukan adunan tepung hingga penuh. ulang hingga adunan habis, sejukkan dalam fridge utk hasil rasa yg enak.




HAPPY STEAMING !!!