Wednesday, 24 October 2012

POPIA BAYAM


ASSALAMUALAIKUM semua
another snack for munching... buat popia bayam, mini2 lagi..kekonon cam versi sihat ler...yg adooo jerlahkan.. tapi walau pun kononnya sihat kalau makan banyak pun jadiknya x sihat jugak jahhh..



POPIA BAYAM

Bahan-bahan
200 gm bayam - dibersihkan
1 sdK minyak bijan
1 sdK bijan yang telah disangai
1 ulas bwg putih / 1 sdK serbuk bwg putih
garam & lada sulah secukup rasa

kulit popia - size kecil
sedikit air - dijadikan gam

Bahan sos
5 biji cili merah
4 sdB gula
1 sdB cuka
3 ulas bwg putih
garam secukup rasa
suku cawan air masak

Cara-cara membuat sos
Satukan semua bahan dan kisar halus


Cara-cara
Didihkan air didalam periuk
Masukkan bayam , masak sebentar dan toskan , bilas dgn air lalu
Perah sayur bayam & toskan.
Kemudian satukan bayam dgn sedikit garam, minyak bijan, lada sulah & bwg putih.
Taburkan bijan dan seratakan

Ambil sehelai kulit popia dan masukkan inti
gulung popia seperti biasa dan gunakan air untuk gam
Goreng dgn minyak yg banyak hingga kekuningan
Hidang bersama cili sos.

HAPPY MUNCHING!!!

1 comment:

  1. nyum2..menarik la idea ni sasha..copy ye.. :)

    ReplyDelete