Wednesday, 24 October 2012

sotong sumbat tahu telur tumis lada hitam


assalamualaikum semua
lagi sekali sotong sumbat jadi pilihan...kali ni saya masak guna blackpepper lak...alahai menjilat jari & pinggan si adik makan...hehe
jom2 tengok resipinya


sotong sumbat tahu telur tumis lada hitam
resipi : sasha
Bahan-bahan
1 biji kentang - direbus dan dilenyek halus
2 batang tahu telur - goreng sebentar dan dilenyek
garam & lada hitam secukup rasa
1 biji lada merah buang biji dan hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris halus

1 ulas bwg putih - hiris nipis
6 ekor sotong dibersihkan & ketepikan

Bahan sos
1 sdB sos tiram
1 sdB kicap pekat
2 sdB kicap manis
2 sdB sos lada hitam
1/2 cawan air

Bahan hiasan
1 biji cili merah buang biji dan hiris memanjang
1 tangkai daun bawang hiris kasar

Cara-cara
Satukan semua bahan kecuali sotong & bwg putih
Sumbatkan bahan sumbat ke badan sotong dan tutup dengan menggunakan pencungkil gigi.
Panaskan minyak dan tumis bwg putih
Masukkan bahan sos & sedikit air
Masukkan sotong dan masak hingga sotong masak
Angkat sotong dan ketepikan - jika sos masih cair pekatkan sedikit
Hidangkan dgn sotong dan tuangkan sos keatas sotong



HAPPY TUMMY!!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment