Thursday, 3 May 2012

SERI MUKA



ASSALAMUALAIKUM SEMUA

hari ni nak share kuih tradisional  SERI MUKA
berseri2 ler sape2 yg memakannya
buat utk tea break yesterday, dan sengaja x letak colour hijau, totally colour dari tepung kastard.
recipe ni simple jer ku skodeng dari chef hanieliza...trmksh kk liza.

SERI MUKA
sumber :chef hanieliza

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam - sy masak menggunakan microwave high 10 minit pertama & kacau rata kemudian tmbhkan lagi 4 minit.
Cara2
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastic.



6 comments:

  1. salam..sdp kuih ni fv tu tp x pernah try buat..ni npk dek ank dara sure suruh buat....dia pun suka kuih be pulut2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sheila....nasib baik anak dara masih suka kuih2 tradisional ni ...bagus tu sheila:)) sure anak dara pandai masak sama mcm mamanya:)

      Delete
  2. senangnya masak pulut tu dlm microwave..tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nazrah...klu qty sikit bole jer guna microwave...klu nazrah nk wat bole ler cuba..:)) jgn lupa cover permukaan bowl dgn cling wrap..pastu tebuk2 kan permukaan cling wrap tu...insyALLAH:)

      Delete
  3. As'salam Kak Cha ...

    Kueh nie FAV girl Nina ... Cantik lak tengok colour ORIGINAL gitu.
    Kemas jer sentuhan Kak Cha. Suka Nina tengok..... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam nina:) betul2 kaler ori dr tpg custard tu...trmksh nina:)

      Delete