Monday, 7 May 2012

ROTI GULUNG BAWANG PUTIH






ASSALAMUALAIKUM semua.

dah lama x meroti, hari ni kerana masak kefta bebola daging , saya pun meroti ler
simple jer roti ni ikut recipe donut lembut tu tapi ade ler sikit yg saya olah.
sangat2 sesuai di jadikan roti cicah dgn lauk yang berkuah. lembut jerr roti ni...


ROTI GULUNG BAWANG PUTIH
resipi : SashaRahmat

Bahan2

Bahan A
11 gm yis segera
1 cawan air suam
1 sd mkn gula
1 sd makan tepung
**SATUKAN SEMUA BAHAN HINGGA YIS NAIK KEMBANG

Bahan B
3 sdB marjerin
3 cawan tepung gandum - diayak 2 kali  ..(klu ada tepung roti bole jg di gantikan dgn tpg gandum)
1 sdK bread improver
1 sdK bread softner
2 sdB susu tepung
2 sdB gula castor
sedikit garam
**SATUKAN SEMUA BAHAN HINGGA MENJADI SEPERTI BREADCRUMB


Bahan C
2 sd makan mentega - suhu bilik
sedikit italian herbs
sedikit parsley
6 ke 7 ulas bwg putih ditumbuk halus & goreng sebentar
**BILA bwg putih dah sejuk satukan dgn semua bahan selebihnya




Cara2
Bahan A dicampurkan dalam bahan B

Uli hingga menjadi doh yg licin. & tidak melekat dijari.

Kemudian doh di tutup dgn kain bersih dan diletakkan di tempat yg hangat.

Biarkan doh naik sekali ganda

Bila doh dah naik bolehlah dicanai menjadi segiempat sama
SAPUKAN bahan C di seluruh permukaan adunan yg dicanai tadi.kemudian digulung dan dipotong setebal 21/2 inci.
cara2 seperti membuat chicken roll, bole refer pic tutorial di recipe chic roll

Masukan ke dalam loyang loaf  yg telah digris dgn marjerin / mentega terlebih dahulu, tggu hingga doh naik lagi sekali.

Bakar pd suhu 180'c selama 25 ke 35mins.. bergantung pd oven masing2.
Sapukan permukaan roti dgn marjerin / mentega sebaik roti dikeluarkan dari oven.


uhhhh haaaaaaaaa soooo lembuttt!!


HAPPY TUMMY!!!..dihidangkan bersama KEFTA BEBOLA DAGING....so ummphhh!!

3 comments:

  1. salam kenal..mieza nampak roti kat group fb MDM..cantiknya roti ni...insyaAllah nak cuba...mieza follow...jemput ke blog mieza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm kenal mieza...jom follow..yup sy ke blog awak:))

      Delete