Friday 10 June 2011

ondeh2 / buah melaka

buah melaka...walaupun nama dia buah melaka ..but mmg xde kena mengena dgn buah pun
jg dikenali dgn nama ondeh2


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

No comments:

Post a Comment