Tuesday 9 October 2012

BiBimBap / mixed rice



yes!!! finally saya dapat merasa BiBimBap....ALHAMDULLILAH!!
ishhhh pasti ada yg kata gedics eh makanan malaysia pun x abis makan lagi ngengada lak nak makan korean food...tapi kan nak wat camnekan ..dah terhingin...:)
bibimbap.. bibimbap..saya terasa sangat cute bila menyebut bibimbap ini..x tau kenapa eh....hehehehe

watching korean drama with my gals..make us drool when the actor/actress eating a mouthful of bibimbap.... our ''tummy enthusiasm'' makes us wondering how does it tasted?.. but when i know the 'kick' of bibimbap (alahai perasan cute lagi...)
is depends in the gojuchang sauce......terus mak ilang semangat u...lerrrr mana nak carik itu gojuchang sauce tu eh.. mana eh ? kat mana?
maka kita orang pun telan air liur jer lah...:((

tapiiiiiiiiiiiii!!! (acting suprise but still cute).. miahahahaha....
tapikan... di plaza jelutong ni ada jaya grocer yg baru dibuka minggu lepas...jadinya kami pun merayap2 mengalahkan orang2 penting ingin meninjau2 harga dan mencuci2 mata sambil kekunun (KUNUN lerrr) dapat mengikis lemak2 di pinggang dgn window shopping tu...alahai..x sia2 window shopping kami...kerana di situ ada terjual 'gojuchang sauce' yipieee yeay... suka2 ler kami semua...

maka dgn penuh semangat 'kecutean' bibimbap saya pun menyediakan bibimbap
jom2 tgk recipe BiBimBap...
saya follow dr blog aeriskitchen
and off coz, ada here and there yg  saya ubah ikut kesesuaian citarasa saya



bibimbap ni terdiri dari sayur2 dan jg daging yg di goreng siap dan dicampur dgn sauce, campur gaul serata dan apa lagi...ngap!! yummy giler...


sungguh mengenyangkan dan mmg terasa bertambah cute apabila memakannya...ihikss

jangan menyampah kerana perkataan cute bnyk menjelma dientry kali ini...hehehe



















Bahan2
Bayam- secukupnya
Timun - potong (size bilah mancis)
Lobak - potong (size bilah mancis)
Tauge - secukupnya
1 biji bwg besar di hiris dan saute

Cara2
Bayam - dicelur dan masukkan kedalam air berais , toskan dan press hingga airnya kering
campurkan dgn seulas bwg putih dan sedikit minyak bijan , garam dan bijan - seratakan dan ketepikan

Tauge - dicelur sekejap dan masukkan kedalam air berais - toskan dan perasakan dgn sedikit minyak bijan dan garam

Lobak & timun digoreng (berasingan) dgn seulas bwg putih dan diperasakan dgn sedikit garam & lada sulah

Bahan2
500gm daging hancur
11/2 sdB gula
1sdB minyak bijan
1 sdB apple cider / cuka
1 sdB kicap cair
garam & lada hitam secukup rasa
2 ulas bwg putih - dihancurkan

Cara2
satukan semua bahan kecuali daging
seratakan bahan perap dan masukkan daging hancur - perap sekurang2nya 1 jam atau 2 jam
goreng hingga air perapan kering - ketepikan






SAUCE GOJUCHANG
bahan2
3 sdB sos gojuchang
2 sdB gula - boleh kurangkan
1/2 sdB apple cider / cuka
1 sdB minyak bijan
2 sdB bijan
1sdB kicap cair
1/2 sdB serbuk bwg putih / bwg putih dicincang halus


Cara2
satukan semuanya dan perasakan secukupnya.. ikut selera masing2









bahan2 lain ialah seaweed yg dihiris juga telur yg di goreng

sooo...dah bolelah dimakan
nasinya pula saya gunakan nasi sushi.
(sy cuba makan dgn nasi biasa...tapi kurang sedap ler pulak..)
gunakan beras seperti di gambar ini















sendukkan nasi kedalam mangkuk (lebih sesuai guna mangkuk kerana nak gaul serata bahan2)
letakkan telur dan susun semua bahan2 lain untuk sos tu bergantung pada suka banyak, tapi memadai dgn sesudu besar dulu.... mmg sedap giler makan ni...kekenyangan amat2 sangat..
and suprisingly bayam masak begini amat ler sedap ..ratah begitu pun sedap...semua sedap!!

JOM BiBimBap!!!
stay cute always!!

2 comments: