Tuesday 29 May 2012

TALAM PISANG


ASSALAMUALAIKUM semua

jom kita tgk recipe kuih tradisional lak. kuih ni sedap dan x brp manis..sedang2 elok jer rasa manisnya.
pada pengemar pisang bolehlah cuba..sngt mudah dan sedap..trmkasih pada chef hanieliza yg kongsi recipe yummy ni:)


TALAM PISANG
recipe :chef hanieliza

TALAM PISANG

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara2
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang. - sy gunakan acuan lompang
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara2
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

SWEET & JOY....

No comments:

Post a Comment