Monday, 7 May 2012

PANCAKE KOREA


ASSALAMUALAIKUM semua

recipe baru cuma pic jer yg dah basi ni..pic last saturday for our brunch.
jom tgk recipenya..as ussual recipe dari chef wan. TQ chef wan for the recipe.


PANCAKE KOREA
recipe :CHEF WAN

Bahan2
400 gm udang di bersihkan & potong kasar2
Sedikit taugeh
Sedikit kucai
3 keping hashbrown - di goreng & lenyek kasar
*** jika tiada hashbrown , gunakan kentang biasa - 3 biji kentang di potong baji , digoreng & lenyek kasar.

Bahan batter/tepung
6 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
garam & lada sulah secukup rasa
susu secukupnya
sedikit serbuk kunyit

Cara2
Didalam satu mangkuk pukul ringan telur kemudian masukkan tepung , baking powder, serbuk kunyit dan susu sedikit demi sedikit, kacau hingga adunan tidak berbintil. masukkan tauge, kucai , udang & hashbrown.
texture adunan lebih kurang macam lempeng .
perasakan adunan dgn garam & lada sulah.
panaskan kuali non stick dgn sedikit minyak, sendukkan adunan dan ratakan  permukaan pancake hingga ke hujung pan, masakkan seketika dan balikkan pancake. masak hingga kekuningan.
**** kerana adunan ini mengingatkan saya kepada EGG MUFFIN jadi saya mencuba dengan membakar adunan ini. ternyata berhasil...suhu 180'c selama 20 minit.



HAPPY COOKING!!!

3 comments:

  1. K.cha... hashbrownn tu ape.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. psst mijot..hehe kk cha dh pm mijot dah:)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete