Wednesday, 29 February 2012

talam labu

assalamualaikum

saya mengskodeng recipe ni dr blog yatie "sinar kehidupanku'' TQ tie..cha copy paste recipe kat blog cha yea..
sy buat ni utk teabreak pada 220212.


pada sesapa yg suka2 sngt kuih talam menalam ni mmg bole sngt2 buat ...recipe yg simple dn kata org 1st timer tu insyALLAH jadi..:))
cuma untuk recipe ni yatie gunakan labu yg diparut tapi sy gunakan labu yg dilenyek dn sy kurangkan sedikit sukatan santannya., dn sy x gunakan warna utk ats lapisan santannya..untuk periuk kukus tu elok jg jika kita bungkuskan tutupnya dgn kain bersih (cheese cloth) untuk elakkan air kukusan jatuh pada permukaan kuih.

KUIH TALAM LABU
recipe ku tukil dari : yatie @ sinar kehidupan

Bahan2
Lapisan bawah - (labu)
1 cawan labu (di parut) - sy rebus labu & lenyekkan
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam - sy cuma guna 2 1/2 cwn santan

Cara2
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat atau 4 segi..
2. Masukkan semua bahan kecuali labu dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan labu yg diparut / yg dilenyek dan kacau rata.
4. Masakan adunan sebentar sehingga nampak naik wap.
5. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 30 minit.

Lapisan Atas - (santan)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
1 s/k garam sikit
pewarna hijau - sy x gunakan pewarna

Cara2
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.











HAPPY STEAMING!!!

No comments:

Post a Comment