Monday, 8 August 2011

talam jagung & custard

recipe intai dr dapur yatie @sinar kehidupanku
tqvm tie..cha C&P kt sini yea:))


actually kuih talam2 mmg x brp fav anak2 saya..tapi hubby saya suka..klu nk buat pun selalunya 1/2 adunan jer.pd saya talam ni mmg sedap cuma klu sape suka manis ..mmg kena add gula. dn pd yg suka sedikit lembut bole tmbhkan sedikit santan.
yatie jg memberi tips utk memotong kuih2 jenis talam ni, pastikan kuih benar2 sejuk & potong guna pisau plastik. - tq tie for the tips:))
sy jg membalut tudung periuk kukus dgn cheese cloth utk mengelakkan air jatuh ke permukaan kuih.

bhn2 - guna loyang 10inci
Lapisan Bawah
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dgn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Bahan Utk Lapisan Atas
2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan (3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.


HAPPY STEAMING!!!

4 comments:

  1. Assalamualaikum Cha,
    menarik dan terang kaler kuih talam ni...suka tngk...tq mencuba resepi yg tak seberapa ni....

    ReplyDelete
  2. wkum salam:))yatiee...cha ler should trm kasih kat yatie coz share recipe talam ni:))) tq tq tq bnyk2 :)))

    ReplyDelete
  3. alahaiii cantik nyer bunya talam! comell!

    ReplyDelete