Friday, 28 September 2012

bee hoon goreng singapore

ada macam2 version orang menyediakan bee hoon goreng singapore ni.. masing2 ikut selera dan kemahuan keluarga...yg nyata bee hoon singapore ni mmg menjadi kesukaan ramai kerana x pedas..
yg saya sharekan disini mengikut cara saya dan selera anak2 saya. apa jua bahan sampingan terserah pada selera masing2 yea.




bee hoon goreng singapore
recipe by : sasharahmat

bahan2
bahan tumis / dikisar
3 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
3 sdB udang kering

bahan A - bahan ini bergantung pada qty bee hoon yea
squid ball / fish ball - hiris
fish cake -hiris
udang di bersihkan

bahan B
2 ke 3 biji telur di goreng hancur & ketepikan

bahan C
sawi secukupnya - dibersihkan & dipotong (boleh ditukarkan kpd kucai)
kobis dihiris - jika suka
lobak secukupnya di hiris memanjang (seperti bilah mancis)

bahan D
garam gula secukup rasa
1 kuib ikan bilis
2 sdB lada hitam

1 bungkus bee hoon - direndam hingga lembut


Cara2
panaskan minyak pada kuali
masukkan bahan tumis, tumis hingga wangi
masukkan sedikit air, dan masukkan bahan D diikuti dgn bahan A kemudian masukkan bee hoon
masak hingga bee hoon lembut
masukkan bahan C & B
masak hingga bee hoon sedikit kering dan tutup api
kemudian di hidang kan


1 comment:

  1. Assalam sasha.. my peberet bee hoon goreng singapore ni.. tak jemu jemu dari dulu.. :)

    ReplyDelete