Tuesday, 7 August 2012

STEAMED BUTTER CAKE LAYER with NUTELLA SPREAD / KEK MENTEGA KUKUS bersama NUTELLA


ASSALAMUALAIKUM

saya sangat2 teruja apabila mencuba cake ni dan hasilnya amat2 ler sedap . seriusly x tiffu.. kek ni memang berbaloi mencuba, sooo yummy sooo moist ..seperti yg dikatakan oleh anak2 saya.

saya kukus guna container plastic segi4, (51/2 inci x 51/2 inci)


STEAMED BUTTER CAKE LAYER with NUTELLA SPREAD / KEK MENTEGA KUKUS lapis NUTELLA
recipe : sasharahmat

Bahan2
2 telur
100 gm mentega - suhu bilik
1sdk esen vanila
1/2 cawan gula castor
1 cawan tepung kek
1 sdK double action baking powder
75ml susu sejat
3 sdB horlicks
sedikit garam
3 pewarna pilihan

Cara2
pukul mentega dan gula
masukkan telur satu persatu - pukul lagi
masukkan esen vanila
masukkan tepung, garam & double action baking powder yg telah di ayak terlebih dahulu
masukkan susu cair dan horlicks & kacau menggunakan spatula
kacau rata dan bahagikan kpd 3 bahagian , campurkan dgn pewarna
kemudian masukkan kedalam bekas dan hentak sedikit adunan utk kurangkan udara, dan di kukus.
kukus selama 10 ke 12 minit (atau hingga masak)
biarkan semua lapisan sejuk barulah disapukan permukaan lapisan dgn nutella


HAPPY STEAMING!!

2 comments:

  1. asslm Kak Sasha...sedapnye layer kek tu..nk spotong bleh..hihihi

    ReplyDelete