Monday 30 April 2012

talam suji

assalamualaikum semua

moga ceria2 selalu di hari isnin..pada yg berpuasa sunat tu, selamat berpuasa..
skrg tgh fikir2 nak masak apa untuk berbuka kan?...:)

nway hari nak share talam suji
dah lama nak buat talam suji ni..tepung suji pun dah beli, sib baik masa check tu lum expired lagi..klu x naya jer kan..dh membazir..:)

jom ler kita tgk2 resipinya:).. trmkasih buat chef hanieliza yg sudi share resipi talam ni..mmg sedap!!..rasa lemak tepung suji tu macam susu...:) and as ussual saya hanya buat 1/2 adunan.

TALAM SUJI
sumber : CHEF HANILIZA @ hanieliza cooking blogspot

Bahan2
Lapis bawah :
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning - saya gunakan warna pink...i love pink kaler:)

Lapis atas :
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
1 cawan gula merah

Cara2
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..
2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
3. Adunkan semua bahan lapis atas.
4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.
5. Kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan potong. & siap untuk dihidang.

HAPPY STEAMING!!!

2 comments:

  1. cantik caler pink..saya pun suka pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. nazrah..kan pink kan cantik kan:)) sy pun suka

      Delete