Tuesday 28 June 2011

puding roti karamel

dh lama nmpk recipe ni tp bila kk tie tag sy pic teringin lak nk buat
selalu skodeng kt kitchen KK CT & dr kitchen ITA


C & P recipe dr kitchen HANA tq hana




Bhn2
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara2
Cara membuat gula hangus ,
masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas).
Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.


Panaskan pengukus.
Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
Blend sekejap agar sebati.
Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.
Sy kukus lebih kurang 30 mins


SWEET & JOY!!!

5 comments:

  1. hmm..mesti sedap ni kak Sha..simpan dlm peti sejuk lagi bestkan:)

    ReplyDelete
  2. emmmm...nyamannya bila dimakan sejuk2..

    ReplyDelete
  3. LIN..sedap lin mkn sejuk2 betul2 tu:)

    ReplyDelete
  4. niey...yesssza...ank2 selagi x abis selagi tu on off fridge:))

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete